ORANG ramai kini boleh menggunakan satu aplikasi mudah alih baru untuk meninjau apakah terdapat teksi berdekatan yang boleh dinaiki.
Aplikasi Taxi-Taxi@SG yang dilancarkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) itu bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk menempah teksi, seperti aplikasi tempahan teksi pihak ketiga yang lain.