Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas kerana pecah masuk kedai kopi

Oct 09, 2015 | 03:09 PM



SEORANG lelaki berusia 43 tahun yang disyaki terbabit dalam kes pecah masuk sebuah kedai kopi telah diberkas.


Polis berkata mangsa mendapati kedainya di Ang Mo Kio Industrial Park 1 itu dipecah masuk sekitar 4.20 pagi, Selasa lalu.


Akibatnya, wang tunai dan rokok bernilai $4,000 lesap.


Namun hasil siasatan meluas para pegawai Divisyen Ang Mo Kio berjaya mengenalpasti dan menangkap suspek.


Dia diberkas di Blok 226A Ang Mo Kio Avenue 1 sekitar 3.45 petang semalam.


Lebih 280 kotak rokok juga dirampas sebagai kes bukti.


Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah esok bagi kesalahan pecah masuk dan mencuri pada waktu malam.


Kesalahan tersebut membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dengan rotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >