Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai pemilik rumah terima kunci flat baru tahun lalu: HDB

Sekitar 14,500 berbuat demikian berbanding 13,500 sebelum pandemik pada 2019, 50 peratus lebih tinggi berbanding 9,400 pada 2020
Jan 02, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 14,500 pemilik rumah menerima kunci flat baru mereka sepanjang 2021 meskipun di tengah-tengah gangguan kepada industri binaan disebabkan pandemik Covid-19.



Menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), jumlah itu tinggi sedikit berbanding 13,500 pemilik rumah yang menerima kunci flat baru mereka sebelum pandemik pada 2019 dan sekitar 50 peratus lebih tinggi berbanding 9,400 pemilik rumah yang menerima kunci flat baru mereka pada 2020.



Ini sedang HDB terus melancarkan projek perumahan baru untuk memenuhi permintaan kukuh bagi perumahan.



Menerusi satu kenyataan semalam, ketua eksekutif HDB, Encik Tan Meng Dui, berkata tahun lalu merupakan tahun yang mencabar bagi industri binaan dan pembeli flat.



"Di tengah-tengah gangguan dan sekatan akibat pandemik, kami bekerja rapat dengan rakan kerja industri dan agensi untuk menambah bilangan flat HDB baru yang dapat diserahkan (kepada pemilik flat) pada 2021, hingga ke paras sebelum pandemik.



"Kami juga terus berusaha memenuhi permintaan kukuh bagi perumahan dan melancarkan lebih banyak flat pada 2021 berbanding 2020," ujarnya.



HDB melancarkan 17,109 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) pada 2021.



HDB turut mengemukakan rancangan baru bagi kawasan tertentu, dengan flat BTO pertama di Ulu Pandan bakal dilancarkan pada separuh kedua tahun ini serta flat baru di Mount Pleasant dan Alexandra tidak lama lagi.



HDB juga telah menyediakan lebih banyak pilihan perumahan dengan melancarkan Apartmen Penjagaan Masyarakat di Bukit Batok dan flat perumahan awam lokasi utama (PLH) di Rochor, bagi memenuhi keperluan perumahan warga Singapura yang pelbagai dan berubah-ubah.



Encik Tan berkata HDB akan meneruskan momentum tersebut tahun ini, dengan rancangan melancarkan hingga 23,000 flat setahun pada 2022 dan 2023 di bandar matang dan bukan matang.



"Selain meningkatkan bekalan perumahan sebanyak lebih 35 peratus tahun ini untuk memenuhi permintaan kukuh bagi perumahan, kami akan meningkatkan usaha menyerahkan rumah kepada pembeli flat (mengikut jadual) seberapa boleh, sementara memastikan mutu dan keselamatan program binaan kita," ujarnya.



Waktu menunggu bagi projek BTO pada waktu ini secara purata kekal antara empat dengan lima tahun.



Waktu menunggu bagi projek BTO yang dilancarkan dalam tempoh dua tahun lalu ialah antara tiga dengan lima tahun.



Namun menurut HDB, waktu menunggu yang sebenar bergantung pada kesediaan tapak dan projek BTO tertentu.



Malah, beberapa projek yang dilancarkan pada 2021 mempunyai waktu menunggu lebih lama akibat keadaan tapak yang mencabar atau blok tinggi dengan banyak tingkat dan oleh itu memerlukan masa binaan lebih lama.



Ini termasuk River Peaks I dan II di Rochor Canal serta Queen's Arc di Queenstown, yang dianggarkan mempunyai waktu menunggu 5.5 tahun atau lebih lama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >