Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak subsidi bagi pembedahan implan

Warga S’pura boleh dapat 50-80% subsidi bagi wad kelas C/B2 mulai 1 Dis
Nov 29, 2023 | 06:00 PM



Pesakit berpendapatan rendah yang menjalani pembedahan implan, seperti pembedahan gantian lutut, atau knee replacement surgery, boleh menjangkakan subsidi lebih tinggi dengan pelaksanaan satu rangka kerja subsidi baru bagi implan mulai 1 Disember.


Dengan rangka kerja baru itu, warga Singapura boleh menerima subsidi sebanyak 50-80 peratus bagi wad kelas C/B2 jika mereka menjalani pembedahan implan, bergantung pada pendapatan mereka.

Ini berbanding subsidi hingga 50 peratus, terhad kepada $1,000, pada masa ini.

Penduduk Tetap (PR) Singapura pula akan menerima subsidi sebanyak 25-50 peratus bagi wad kelas C/B2, berbanding 25 peratus, yang terhad kepada $500, pada masa ini.

Subsidi lebih tinggi itu diumum Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut MOH, perubahan itu dilakukan memandangkan rangka kerja subsidi semasa “tidak sesuai”.

“Pertama, subsidi yang ada sekarang merangkumi hampir semua implan tanpa mengira klinikal dan keberkesanan kosnya. Akibatnya, tidak banyak insentif untuk pengeluar implan mengurangkan harga bagi kemampuan pesakit, kerana implan mereka sudah layak mendapat subsidi.

“Kedua, had dolar subsidi juga merugikan pesakit yang memerlukan implan yang berharga lebih tinggi,” kata MOH.

Sehubungan itu, MOH akan menarik balik had dolar sedia ada untuk menyediakan lebih banyak subsidi bagi pesakit dan memperkenalkan Senarai Subsidi Implan.

Senarai Subsidi Implan ialah senarai implan yang telah didaftarkan sepenuhnya dengan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan dinilai oleh Agensi untuk Keberkesanan Penjagaan (ACE) sebagai implan berkesan secara klinikal dan kosnya sesuai untuk pesakit.

Senarai itu dibangunkan melalui perundingan meluas dengan doktor dari institusi penjagaan kesihatan awam, dengan merujuk sistem klasifikasi implan luar negara, bukti klinikal dan analisis harga, kata MOH.

“Dengan penduduk semakin menua, penggunaan implan dijangka meningkat pada tahun-tahun mendatang. Kami juga menjangka implan baru dan implan berkos lebih tinggi memasuki penggunaan klinikal dengan cepat.

“Kita harus menyegarkan semula rangka kerja subsidi implan semasa agar ia memberi manfaat lebih baik kepada pesakit kita,” ujar MOH.

Dengan pelancaran Senarai Subsidi Implan pada 1 Disember, implan yang dianggap tidak kos efektif untuk pesakit tidak akan lagi berada dalam senarai itu.

Setakat ini, 15 daripada 26 kategori implan telah dinilai dan diletak dalam senarai itu.

Baki 11 kategori akan terus dinilai oleh ACE secara progresif menjelang akhir 2025.

MOH berkata langkah itu akan membolehkan ACE meneruskan rundingan dengan pengeluar implan untuk mencapai harga yang lebih berpatutan, berdaya saing dan lebih mampu bagi pesakit.

Ia menambah bahawa dengan Senarai Subsidi Implan yang disemak semula, pengeluar implan digalak terus menawarkan harga lebih berdaya saing untuk disenaraikan agar bermanfaat bagi pesakit.

Meskipun rangka kerja subsidi implan diubah, MOH berkata buat masa ini tiada sebarang perubahan pada perlindungan MediShield Life, MediSave dan Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu, atau Integrated Shield Plan (IP), untuk implan.


“MOH akan memantau pelaksanaan Senarai Subsidi Implan di institusi penjagaan kesihatan awam terlebih dahulu dan mengkaji semula skim-skim lain pada masa akan datang,” kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >