Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan ketenteraan perlu diteruskan dengan langkah selamat walau dalam pandemik: Zaqy

Oct 01, 2020 | 05:03 PM



KESEDIAAN pertahanan Singapura amat penting, tidak kira sama ada dalam situasi pandemik ataupun tidak.



Oleh itu, adalah wajar bagi latihan ketenteraan diteruskan sedang negara terus menentang wabak Covid-19.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata Singapura harus menjaga kesediaan operasi supaya latihan dan kesediaan kita tidak terjejas oleh Covid-19.



Namun, langkah-langkah keselamatan masih perlu dikuatkuasa dan dititikberatkan, jelas beliau setelah melawat Pusat Latihan Tentera Asas (BMTC) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada Khamis pagi (1 Oktober).



“Di sini kita melakarkan pelbagai peraturan dan kaedah supaya kita dapat memastikan tentera-tentera kita berlatih dalam keadaan selamat dan sihat, dan ini ialah keutamaan kita supaya tidak terjadi sebarang penularan wabak,” ujarnya.



Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata latihan ketenteraan akan meningkat secara progresif dalam beberapa bulan mendatang, dengan adanya langkah-langkah keselamatan Covid-19.



Ini termasuk memastikan pengambilan suhu badan dua kali setiap hari, meningkatkan amalan kebersihan dan memisahkan rekrut kepada beberapa kumpulan lebih kecil.



Rekrut atau pelatih yang menunjukkan sebarang tanda jangkitan pernafasan akut juga akan diasingkan dan diuji bagi Covid-19.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >