Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan polis terhadap remaja terbit video rai kematian mendiang Lee

Mar 28, 2015 | 05:00 PM



SATU laporan polis telah dibuat ke atas seorang remaja kerana menyiarkan satu video di Internet yang didakwa sebagai meraikan kematian Encik Lee Kuan Yew dan mengkritik kerjaya politik mendiang.


Peguam, Encik Chia Boon Teck, memaklumkan kepada polis mengenai video yang diposkan oleh seorang remaja 16 tahun, Amos Yee, pada tengah hari tadi.


Laporan polis yang dibuat secara dalam talian itu disertakan dengan tandatangan dari 11 pengadu lain.


Video yang diposkan ke Internet semalam bertajuk "Lee Kuan Yew is Finally Dead!" (Lee Kuan Yew Akhirnya Mati!).


Ia telah ditonton lebih 170,000 kali dan telah dikecam para pengguna Internet.


Bagaimanapun, terdapat mereka yang mempertahankan remaja itu.


Dalam video tersebut, remaja berkenaan, yang memegang watak sampingan dalam salah satu filem terbitan penerbit setempat, Jack Neo, turut mencabar Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk mengemukakan saman malu terhadapnya. - The Straits Times Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >