Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan khas Raeesah dibentang untuk makluman Parlimen

Dewan akan terus diberitahu; laporan terakhir akan dibentang pada waktu yang sesuai
Dec 07, 2021 | 05:30 AM



KEPUTUSAN Jawatankuasa Hak Istimewa untuk membentangkan laporan khas berkaitan aduan terhadap kelakuan mantan anggota Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, Jumaat lalu dibuat berdasarkan bukti yang didengarnya pada Khamis dan Jumaat, menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen semalam.



Memberikan responsnya terhadap pertanyaan Berita Harian (BH) tentang laporan khas yang dibentangkan sebelum mendengar keterangan kepimpinan WP, jawatankuasa itu berkata ia akan terus memberitahu parlimen tentang siasatannya apabila diperlukan dan membentangkan laporan terakhir pada masa yang sesuai.



Tiada penjelasan lanjut diberikan.



Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen menukil Peraturan Tetap 105 (2) yang menetapkan bahawa jawatankuasa itu boleh membuat laporan khas kepada Parlimen pada bila-bila masa dalam tempoh prosiding berkaitan perkara yang dirasakan sesuai untuk diberitahu Parlimen.



Tambahnya, laporan khas pernah dikeluarkan sebelum ini.



Jawatankuasa Hak Istimewa itu sedang meneliti aduan terhadap kelakuan Cik Raeesah yang telah menjelaskan di Parlimen bahawa beliau telah berbohong dan meletakkan jawatannya daripada parti itu dan juga sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang Selasa lalu.



Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen menambah bahawa mesyuarat jawatankuasa tertentu diadakan secara tertutup kecuali jika sebaliknya ditentukan, dan butiran mengenai mesyuarat atau sesi perbicaraan serta saksi tidak akan ditentukan.



Tambahnya, mandat jawatankuasa itu adalah untuk meneliti aduan tersebut dan akan menyemak bukti dan butiran yang diterima secara berterusan.



Menurutnya, kelakuan AP dan orang lain yang terkait dalam prosiding ditadbir di bawah Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa).



Di bawah akta tersebut juga, mana-mana individu boleh diminta memberi keterangan bila-bila masa sebelum tamat laporan itu.



Jawatankuasa tersebut akan meneruskan penelitian terhadap aduan tersebut dan akan mendengar keterangan lanjut jika dirasakan wajar, tambah kenyataan itu.



Laporan yang didedahkan Jumaat lalu berkata jawatankuasa itu akan ditangguh ke Isnin.



Laporan tersebut mengandungi beberapa pendedahan, termasuk kenyataan Cik Raeesah bahawa ketua WP dan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, dan naib pengerusi WP, Encik Faisal Manap, memberitahunya untuk terus berbohong sepertimana yang dilakukan pada 3 Ogos di Parlimen.



Ini berbeza dengan apa yang disampaikan semasa sidang akhbar WP Khamis lalu, di mana Encik Pritam berkata beliau telah mengarahkan Cik Raeesah untuk mengakui bahawa beliau telah berbohong di Parlimen.



Dalam kenyataannya Ahad lalu, WP berkata ia akan memberikan responsnya pada waktu yang sesuai memandangkan penelitian Jawatankuasa Hak Istimewa masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >