PEMERINTAH akan terus melanjutkan langkah sokongan bagi pekerja serta sektor terjejas seperti makanan dan minuman (F&B), umum Menteri Kewangan Lawrence Wong sewaktu sidang media maya Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19, semalam.
Ini menyusuli langkah pengurusan selamat yang terus diperketat bagi pelbagai kegiatan sehingga pertengahan Julai ini.