Langkah kawalan tambahan di Pusat Borong Pasir Panjang selepas dibuka semula

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah kawalan tambahan di Pusat Borong Pasir Panjang selepas dibuka semula

Oct 1, 2021 | 5:30 AM

Langkah kawalan tambahan di Pusat Borong Pasir Panjang selepas dibuka semula

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DIBUKA SEMULA SEMALAM: Agensi Makanan Singapura (SFA) menggesa semua penyewa, pekerja dan peniaga agar mematuhi langkah-langkah pengurusan semasa di PPWC untuk menjaga keselamatan orang ramai. - Foto BH oleh JASON QUAH
DIBUKA SEMULA SEMALAM: Agensi Makanan Singapura (SFA) menggesa semua penyewa, pekerja dan peniaga agar mematuhi langkah-langkah pengurusan semasa di PPWC untuk menjaga keselamatan orang ramai. - Foto BH oleh JASON QUAH -

BEBERAPA langkah tambahan seperti pengasingan pelbagai sektor di Pusat Borong Pasir Panjang (PPWC) akan dilaksanakan dan melindungi rantaian bekalan makanan keseluruhan Singapura ketika ia dibuka semula semalam, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan.

Antara lain, kekerapan ujian swab untuk semua kakitangan yang bekerja di PPWC akan ditingkatkan dari dua minggu sekali menjadi tujuh hari sekali.

Sebelum dibuka semula, SFA berkata kerja pembersihan dan pembasmian kuman premis tersebut telah dijalankan.

Semasa penutupan sementara itu, SFA juga telah bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan dan persatuan perdagangan yang berkaitan untuk mengenal pasti bidang di mana Langkah-langkah Pengurusan Selamat (SMM) dapat diperkukuh lagi.

SMM yang dipertingkat termasuk memerlukan penyewa dan pekerja yang memasuki PPWC memakai pergelangan tangan warna mengikut sektor tempat mereka bekerja, mengawal bilangan pekerja setiap penyewa yang boleh memasuki sektor bilik sejuk dan mengehadkan kapasiti pengunjung perdagangan di Blok 13A sektor sayur kepada hanya 250 semasa waktu perdagangan malam.

Selain itu, kekerapan rejim Ujian Rutin 14 hari (RRT) untuk semua orang yang bekerja di PPWC juga akan meningkat dari rejim 14 hari ke rejim tujuh hari, sementara Ujian ketika Tiba (OAT) untuk pelawat perdagangan akan diteruskan.

Langkah-langkah tersebut adalah SMM tambahan daripada langkah-langkah lain yang telah dilaksanakan pada Mac 2020 di mana kemasukan ke PPWC adalah terhad kepada pegawai yang diberi kuasa - yang terdiri daripada penyewa, pekerja dan peniaga.

Semua pelawat yang ke sana mesti diperiksa untuk memastikan mereka mempunyai pas masuk yang dibenarkan sebelum masuk.

SFA berkata tanggungjawab bersama semua yang bekerja dan berniaga di PPWC sangat penting untuk menjaga keselamatan semua orang dan menggesa semua penyewa, pekerja, dan peniaga agar mematuhi langkah-langkah tersebut semasa di PPWC.

Menghargai kerjasama erat dengan industri dalam memastikan pembukaan semula PPWC yang berjalan dengan lancar, Encik Melvin Chow, Pengarah Kanan Infrastruktur Makanan SFA Bahagian Pembangunan & Pengurusan, berkata:

"Kami akan terus memantau operasi di PPWC dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menyelesaikan masalah lain dan memperbaiki langkah-langkah yang dipertingkat sekiranya perlu untuk keadaan kerja PPWC yang unik."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg