Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langgar prosedur, peraturan Parlimen: Tindakan lanjut dipertimbang ke atas Leong Mun Wai

Mar 23, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam berkata langkah seterusnya sedang dipertimbangkan ke atas Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, kerana melanggar prosedur dan peraturan parlimen.



Semasa menyampaikan kenyataan peringkat menteri di Parlimen Rabu, Encik Shanmugam berkata Encik Leong telah bertindak dalam cara yang tidak boleh diterima dan tidak sesuai dengan peraturan Parlimen dengan memuat naik catatan di Facebook yang mengandungi kenyataan tidak benar menyusuli satu perbahasan di Parlimen pada Isnin.



Dalam perbahasan pada Isnin, Encik Shanmugam telah menjawab soalan yang dikemukakan Encik Leong tentang mengapa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menamakan dan mendedahkan bahawa Encik Lee Hsien Yang dan isterinya, Cik Lee Suet Fern disiasat sedangkan polis tidak menamakan enam bekas kakitangan pengurusan Keppel Offshore & Marine (O&M) yang sedang disiasat untuk rasuah.



Menurut Encik Shanmugam, selepas memberi responsnya, Encik Leong anggota Parti Parti Kemajuan Singapura (PSP), mempunyai peluang untuk kemukakan soalan lanjut di Parlimen.



Sebaliknya, beliau menulis catatan di Facebook yang membuat dakwaan serius.



Ini termasuk mendakwa menteri itu cuba mengelirukan Parlimen dengan mengungkit kes berkaitan dengan bekas pembantu, Parti Liyani, yang mana polis mendedahkan bahawa mereka sedang menyiasat anak lelaki majikannya, Encik Karl Liew kerana memberi bukti palsu.



Encik Shanmugam berkata catatan Facebook itu telah menimbulkan fitnah terhadap beliau mahupun Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.



Kenyataan Encik Leong bahawa kakitangan Keppel O&M "sebenarnya bersalah" juga tidak berasas, tambah Encik Shanmugam, yang meminta Encik Leong supaya memadamkan catatan itu, menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf.



"Seseorang itu tidak boleh berselindung di sebalik keistimewaan parlimen dan membuat kenyataan seperti ini mengenai orang lain.



"Jika beliau tidak menarik balik kenyataannya, maka, kami akan menimbangkan apa lagi yang perlu dilakukan," tegas Encik Shanmugam.



Dalam responsnya, Encik Leong berkata catatannya itu meminta orang ramai supaya memberi tumpuan kepada perbezaan antara cara pihak berkuasa menangani kes Encik Lee Hsien Yang dengan kes Keppel O&M.



Memberi reaksinya, Encik Shanmugam berkata beliau menganggap yang Encik Leong tidak akan menarik balik kenyataannya itu.



"Justeru, kami akan menimbangkan langkah selanjutnya yang perlu diambil. Sekiranya pada bila-bila masa, Encik Leong berubah fikiran sebelum satu keputusan dicapai, beliau boleh memberitahu kami."



Dalam sesi parlimen itu juga, Encik Leong telah memohon maaf kepada Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan Jin, kerana jawapannya yang tidak wajar kepada Encik Tan.



Semasa di akhir ucapan, Encik Shanmugam berkata sikap Encik Leong harus dipandang serius kerana ini bukanlah kali pertama beliau melanggar peraturan prosedur parlimen.



Dalam tiga kejadian sebelum ini, beliau melanggar peraturan seperti membuat kenyataan tidak sesuai dan kemudian, memohon maaf.



Sementara itu, dalam catatan Facebooknya, Encik Shanmugam telah menjelaskan bahawa Encik Leong enggan mengesahkan sama ada Encik Lee akan pulang ke Singapura dan membantu dalam siasatan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >