Topik diikuti
Pergi ke BHkuLaman mohon tarikh biometrik kegenjotan, agensi umrah kirim rayuan

Laman mohon tarikh biometrik kegenjotan, agensi umrah kirim rayuan
SEPANJANG malam, Cik Zahara Abdul Manaf, 53 tahun, menunggu depan komputer untuk menempah tarikh bagi mendapatkan pengesahan biometrik Rabu lalu.
Namun, ekoran jumlah jemaah lain yang terlalu ramai dan juga melakukan perkara sama, sistem laman Internet VFS Tasheel International - syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan proses pengesahan biometrik bagi jemaah yang akan mengerjakan ibadah umrah - mengalami kegenjotan.
