AWAL pagi semalam, beberapa rakan Facebook (FB) mantan seorang ahli parlimen (AP) di sini, Encik Maidin Packer, dikejutkan dengan pesanan peribadi daripada 'beliau'.
Pesanan peribadi 'Encik Maidin' itu antaranya mendakwa bahawa beliau menerima 'hadiah' $300,000 di bawah satu skim loteri Program Pembangunan PBB (UNDP).