KISAH mengenai wanita, susu dan anak patung yang kononnya mengandungi saka menjadi laporan yang mendapat perhatian ramai dalam laman sosial Facebook, Berita Harian Singapura. Ia tersebar luas dengan lebih 1,000 perkongsian dan lebih 670 'like'.
Laporan itu bukanlah untuk mensensasikan cerita tetapi sekadar mengetengahkan desas-desus yang kini berleluasa dan meletakkan ia dalam perspektif agar pembaca memahami duduk perkara.