SMC baru Punggol West semalam diramal dimenangi dengan selesa oleh calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Cik Sun Xueling, yang menewaskan calon Parti Pekerja, Encik Tan Chen Chen, berdasarkan kiraan sampel awal pagi semalam.
Persaingan sengit yang disebut bagi SMC Bukit Batok pula nampak nya tidak menjadi apabila calon PAP di SMC itu, Encik Murali Pillai, dijangka berjaya mempertahan kerusi beliau dengan menewaskan ketua Parti Demokratik Singapura (SDP), Encik Chee Soon Juan.