Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS: MENDEKATI GOLONGAN MUDA

Khidmat tukikan jaya semarak minat remaja dalami Islam

Young Muslims, Liyana Musfinah Network dan Forum Belia Islam tawar pendekatan mesra belia, perluas jangkauan guna teknologi
Jan 23, 2022 | 05:30 AM



REMAJA ingin mendalami agama dalam sekitaran selamat tanpa mengira tahap pengetahuan atau amalan mereka serta membincangkan isu-isu kontemporari yang dihadapi dalam sekitaran tidak dihakimi atau tanpa merasakan diri mereka dilabel atau dinilai oleh orang lain.



Permintaan bagi sekitaran pembelajaran seperti ini mendorong 'pendatang baru' dalam sektor penyedia khidmat keagamaan, yang biasanya diterajui golongan muda juga.



Penyedia khidmat ini biasanya membentuk bidang atau khidmat tukikan baru untuk menyemarakkan pelibatan dan mempertingkat pemahaman belia mengenai Islam.



Remaja juga lebih tertarik pada kandungan yang benar-benar berlaku dan relevan dengan kehidupan mereka, menurut beberapa rangkaian belia yang dihubungi Berita Minggu.



Justeru, antara ciri utama yang harus menjadi pegangan penyedia khidmat dan rangkaian agama dengan tumpuan khusus pada remaja adalah keterbukaan menerima maklum balas dan fleksibiliti serta kepantasan menyesuaikan pendekatan mereka sementara memastikan nilai dan kepercayaan agama tidak dikompromi.



"Matlamat kami adalah menyediakan ruang selamat bagi belia membincangkan isu keprihatinan mereka berdasarkan panduan prinsip Islam yang penting untuk ditekankan terutama sekali zaman sekarang.



"Golongan belia juga gemar bertanyakan soalan mencabar, untuk itu kami tidak boleh takut menjawabnya," jelas Ketua Pendidikan di YouM atau 'Young Muslims', Cik Diyana Jamaluddin.



YouM, yang dimulakan sekitar setahun setengah lalu, adalah rangkaian belia yang bertujuan menyediakan ruang bagi belia meneroka pelbagai aspek agama melalui program yang dikendalikan seperti webinar maya.



Ia juga aktif mendekati belia melalui media sosial, termasuk Twitter, Instagram, TikTok dan Telegram, dan podcast, yang antaranya, menyentuh tentang kehidupan beragama dalam konteks masa kini.



Menurut Cik Diyana, YouM menyaksikan keanggotaan di lamannya meningkat sekitar 60 peratus dalam tempoh setahun.



Jumlah followers dan subscribers mereka di media sosial juga semakin hari semakin meningkat, katanya.



Dengan golongan sasaran yang lebih peka dengan penggunaan teknologi dan wadah media sosial terkini, penyedia khidmat perlu memastikan ia berupaya meluaskan jangkauan dengan memanfaatkan teknologi.



Menekankan demikian, pengarah eksekutif Liyana Musfirah Network (LMN), Ustazah Liyana Musfirah Anwar, menekankan bahawa selain memudahkan perkongsian maklumat, wadah media sosial juga menjadi 'talian' yang menghubungkan beliau dengan golongan sasarannya.



LMN mengendalikan program yang lebih tertumpu kepada keperluan kerohanian wanita, terutama remaja dengan mengetengahkan topik-topik seperti isu hubungan kekeluargaan, menjaga hubungan sebelum berumah tangga dan identiti sebagai wanita Muslim.



"Belia dahagakan ilmu dan perlu diajak dengan lembut untuk mengenali agama dan diri mereka serta isu yang dialami dalam hidup. Ini mendorong kami menitikberatkan cara kita mendekati pengguna.



"Kami pastikan cara LMN kendalikan program dan berinteraksi dengan pengguna khidmatnya terus bersahaja tanpa sebarang penilaian," katanya, mengulas tentang pendekatan LMN.



Tambahnya, penyampaian dalil serta hukum agama juga perlu disesuaikan dengan konteks kehidupan kekeluargaan dan masyarakat masa kini, tambahnya.



LMN, yang dimulakan pada 2018, telah mengendalikan lebih 50 program tahun lalu - termasuk bengkel dan webinar - dengan hampir 17,000 peserta secara keseluruhan berbanding sekitar 1,500 peserta pada 2018.



Sementara itu, gambaran agama Islam yang sederhana juga perlu dipaparkan oleh penyedia khidmat apabila ingin melibatkan lebih ramai golongan belia, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Forum Belia Islam (MYF), Ustaz Zahid Zin.



Keadaan dan konteks yang kian berubah, katanya, memerlukan penyedia khidmat mengubah tumpuan dan pendekatan agar sesuai dengan keperluan semasa.



"Sekarang ini lebih banyak kandungan yang dihasilkan termasuk kandungan agama. Ini kadang kala mengelirukan daripada memberi penjelasan.



"Banyak soalan yang kami terima merupakan mereka yang mencari kesahihan bagi sesetengah kandungan yang mereka perolehi dari media sosial.



"Dengan berubah landskap, kami juga perlu mengubah sedikit visi dan misi. Buat masa kini, tumpuan kami adalah untuk memberikan gambaran agama Islam yang sederhana, santai dan bermanfaat," katanya.



MYF, yang ditubuhkan pada 2016, kini lebih tertumpu kepada pendekatan media sosial dan tidak mengendalikan sebarang acara buat masa kini, tambah Ustaz Zahid.




BELIA PERLU DIAJAK SECARA LEMBUT UNTUK KENALI AGAMA



"Belia dahagakan ilmu dan perlu diajak dengan lembut untuk mengenali agama dan diri mereka serta isu yang dialami dalam hidup. Ini mendorong kami menitikberatkan cara kita mendekati pengguna.

Kami pastikan cara LMN kendalikan program dan berinteraksi dengan pengguna khidmatnya terus bersahaja tanpa sebarang penilaian."

- Ustazah Liyana Musfirah Anwar, pengarah eksekutif Liyana Musfirah Network (LMN).



PERLU PAPARKAN GAMBARAN AGAMA ISLAM YANG SEDERHANA



"Banyak soalan yang kami terima merupakan mereka yang mencari kesahihan bagi sesetengah kandungan yang mereka perolehi dari media sosial.

Dengan berubah landskap, kami juga perlu mengubah sedikit visi dan misi. Buat masa kini, tumpuan kami adalah untuk memberikan gambaran agama Islam yang sederhana, santai dan bermanfaat."

- Ustaz Zahid Zin, Ketua Pegawai Eksekutif Forum Belia Islam (MYF).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >