Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw: WP beri ganjaran berlebihan kepada penyokong dan rakan

Sep 01, 2015 | 09:00 AM



MENTERI Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, berkata Parti Pekerja (WP) yang mengendalikan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC) kehilangan wang penduduk kerana ia memberi ganjaran berlebihan kepada penyokong dan rakannya.


Beliau berkata demikian sehari selepas kementeriannya mengeluarkan angka yang menunjukkan bekas ejen pengurusan AHPETC, FM Solutions and Services (FMSS), "mengaut keuntungan terlalu besar" daripada pelanggannya.


Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, berkata sebelum ini bahawa majlis bandaran itu tidak membayar FMSS berlebihan.


Mengulas, Encik Khaw berkata semalam: "Saya terkejut apabila membaca bahawa Parti Pekerja tidak berasa bayaran itu terlalu tinggi. Dalam lain perkataan, $3 juta setahun sesuai."


Beliau menyifatkan kontrak FMSS sebagai "sangat kaya", FMSS dapat membuat begitu banyak wang hingga ia masih untung walaupun selepas membayar pemegang saham dan pengarahnya lebih $3 juta setahun.


Encik Khaw menumpukan perhatian pada soal apakah angka $3 juta itu munasabah, dan bertanya apakah jumlah tersebut masih dibayar kepada pihak pengurusan sekarang majlis bandaran itu.


Selepas kontrak FMSS tamat bulan lalu dan tender baru tidak menarik sebarang bida, WP menguruskan sendiri majlis bandarannya.


"WP perlu merekrut pengurus besar sendiri, setiausaha sendiri. Apakah ia juga memberi ganjaran $3 juta setahun kepada mereka, kerana berasa $3 juta sesuai? Jika tidak, bagaimana anda menjelaskan bahawa tidak berlaku bayaran berlebihan?


"Hakikatnya ialah: Mengapa mereka membuat perjanjian tersebut untuk memberi ganjaran kepada penyokong dan rakan mereka?" kata Encik Khaw kepada wartawan di luar sebuah acara masyarakat di Ruma Kebajikan Sree Narayana bagi Warga Tua Sakit di Yishun.


Motif WP itu perlu dipersoal, kata beliau.


"Apa yang saya tahu ialah hasilnya adalah satu yang sangat menyedihkan bagi penduduk GRC Aljunied," ujarnya. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >