Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesemua lapan mangsa kebakaran Tuas dikenal pasti

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



KESEMUA lapan mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran di sebuah bangunan perindustrian di Tuas minggu lalu, termasuk tiga yang terkorban, telah dikenal pasti, menurut kumpulan sokongan pekerja asing ItsRainingRaincoats (IRR).



Sementara identiti ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia itu - Encik Shohel MD, Encik Anisuzzaman MD, dan Encik Marimuthu S. - telah didedahkan, IRR belum lagi mendedahkan identiti lima mangsa lain yang kini dalam keadaan kritikal.



Bagi memberi sokongan kepada mangsa dan keluarga mereka, duit yang dikumpulkan menerusi kempen mengumpul dana bagi pekerja asing itu akan dibahagikan sama rata antara kelapan-lapan mangsa.



Kempen yang dijalankan menerusi laman GIVE.asia itu sejauh ini sudah menjana lebih $400,000 dan akan ditutup tengah hari ini.



Antara mangsa yang meninggal dunia merupakan Encik Shohel, 23 tahun.



Berita Harian (BH) difahamkan beliau mula bekerja di Singapura 18 bulan lalu.



Menurut IRR, sebelum anak kedua dalam lima adik beradik itu berangkat ke Singapura, beliau memberitahu ayahnya untuk berhenti kerja kerana beliau akan menjaga keluarganya.



Namun harapan itu terkubur setelah Encik Shohel terkorban dalam tragedi minggu lalu itu.



Berkongsi lebih lanjut tentang mangsa lain di pos Facebooknya, IRR mendedahkan seorang lagi mangsa yang terkorban merupakan Encik Anisuzzaman, 29 tahun, yang telah bekerja di Singapura sekitar 17 bulan.



"Anisuzzaman merupakan pencari nafkah utama bagi keluarganya kerana kededua ibu bapanya tidak begitu sihat untuk bekerja. Beliau mengambil pinjaman untuk ke Singapura dan masih mempunyai sejumlah wang untuk dibayar balik," kata IRR.



Menyifatkannya sebagai seorang yang bukan sahaja berkhidmat kepada keluarganya tetapi juga bersedia menyokong sesiapa sahaja, IRR berkata arwah dikenali ramai di kampung halamannya.



Seorang lagi mangsa, Encik Marimuthu S., 38 tahun, yang sudah dikenal pasti beberapa hari lalu pula sudah bekerja di Singapura buat lebih 12 tahun.



Beliau bekerja untuk menyokong ibunya, empat adik perempuannya, isterinya, Cik Rajapriya, 28 tahun, dan anak perempuan mereka, Riya Sri, 5 tahun, dan Lithesaa, 10 bulan.



Bapa dua anak itu tidak sempat bertemu anak perempuannya berusia 10 bulan itu.



Isterinya, menurut IRR, masih bersedih.



"Beliau tidak pernah dapat berseronok dalam kehidupannya dan sentiasa berjuang mencari nafkah bagi memenuhi keperluan hidup," tulis IRR tentang Encik Marimuthu.



Meluahkan penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang, IRR berkata derma yang diraih akan diagihkan sama rata kepada kelapan-lapan mangsa, termasuk lima yang dalam keadaan kritikal kerana mereka kemungkinan memerlukan pemulihan panjang sekiranya beransur pulih.



Dana itu juga akan diagihkan kepada keluarga-keluarga sebaik sahaja kempen berakhir hari ini.



Dalam pada itu, mereka akan "menasihati keluarga mengenai pengurusan dana" sebaik mungkin, kata IRR.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >