ORANG Peranakan terkenal dengan dondang sayang yang merangkumi pantun Melayu.
Mendiang Encik Koh Hoon Teck - pengasas Persatuan Gunong Sayang, sebuah kumpulan teater Peranakan terawal di Singapura yang masih aktif pada hari ini - merupakan antara tokoh Peranakan yang pakar dalam puisi dan lagu Melayu.