SAIZ tubuh Cik Nur Amalina Mohamed Salleh yang kecil menjadi keprihatinan ramai yang bimbang beliau akan menjadi mangsa buli pelajar.
Namun, bak kata pepatah - kecil-kecil cili padi - di sebalik saiz comel itu, wanita berusia 25 tahun ini mempunyai tarikan tersendiri dalam kaedah mengajar sehingga menjadi seorang guru disayangi pelajarnya di sekolah menengah.