SELAKU Pengarah Urusan Kumpulan Affin Hwang Capital Malaysia, Cik Maimoonah Hussain telah membantu bank pelaburan bersaiz sederhana itu berubah menjadi sebuah bank pelaburan gergasi dan kini antara terbesar di Malaysia.
Malahan, warga Singapura berkelulusan perakaunan daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) itulah yang bertanggungjawab dalam usaha penggabungan di antara Affin Investment Bank dengan HwangDBS Investment Bank, hingga 'melahirkan' Affin Hwang Capital Malaysia.