Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKATAN SEMPADAN DIPERKETAT BAGI CEGAH VARIAN OMICRON

Kapasiti, tiket VTL dikurangi separuh mulai 21 Jan

MOH: Bagi beri masa kaji varian Omicron, perkukuh pertahanan dan tambah kapasiti penjagaan kesihatan
Dec 23, 2021 | 05:30 AM



TIKET baru bagi skim Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) udara dan darat untuk memasuki Singapura tidak akan dijual buat sementara dari hari ini hingga 20 Januari depan.



Ini sedang negara ini mengambil tindakan lebih tegas bagi mengekang penyebaran varian Omicron Covid-19 dan mengehadkan pendedahan kepada kes Omicron import.



Bagaimanapun, semua pengunjung yang sudah mempunyai tiket VTL penerbangan atau bas dan memenuhi keperluan lain VTL masih boleh meneruskan perjalanan mereka, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Pembekuan penjualan tiket VTL itu dijangka berjalan hingga 20 Januari depan. Selepas tarikh itu, pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19 dijangka mengurangkan kuota serta penjualan tiket VTL buat sementara bagi perjalanan bermula 21 Januari.



"Langkah (sekatan) sempadan kami akan membantu kami memberi masa untuk mengkaji dan memahami varian Omicron, dan untuk mengukuhkan pertahanan kami, termasuk meningkatkan kapasiti penjagaan kesihatan kami, dan membuat lebih ramai orang mendapatkan vaisin serta menerima vaksin penggalak," kata kementerian itu.



Sementara itu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), kapasiti dan penjualan tiket bagi VTL darat akan dikurangkan sebanyak separuh mulai 21 Januari.



Ini bersamaan dengan 24 perjalanan bas sehari sehala.



"Kami akan terus memantau situasi dengan teliti dan menyesuaikan kapasiti VTL darat, mengambil kira situasi kesihatan awam di kedua-dua negara dan juga secara global," kata MTI.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam kenyataannya pula berkata ia akan mengehadkan penjualan tiket VTL udara kepada 50 peratus kuota yang disediakan.



Dalam pada itu, menulis di Facebook, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, berkata: "Saya faham bahawa sesetengah orang mungkin kecewa mengenai perubahan pada skim VTL ini, tetapi ini adalah langkah penting dan berhemat untuk melindungi kesihatan awam.



"Sebagai sebahagian daripada pendekatan kami yang berhati-hati dan ditentukur untuk pembukaan semula sempadan, adalah penting kami mengetatkan perlindungan kami apabila diperlukan oleh penilaian risiko kesihatan awam, demi melindungi kesihatan dan keselamatan warga Singapura, pekerja penerbangan barisan hadapan dan pengunjung."



Langkah berjaga-jaga tambahan juga akan dilaksana untuk melindungi masyarakat penerbangan, tambahnya.



Semua kakitangan lapangan terbang yang berinteraksi dengan penumpang yang tiba di Singapura, termasuk yang bertugas di kawasan awam seperti perhentian teksi, mesti memakai peralatan perlindungan diri tambahan, termasuk pelitup N95 dan pelindung muka.



Semua kakitangan barisan hadapan lapangan terbang juga akan diletakkan di bawah ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) rutin sekurang-kurangnya setiap tujuh hari.



Buat masa ini mereka menjalani ujian pantas antigen (ART) setiap tujuh hari.



Selain itu, bagi pekerja lapangan terbang barisan hadapan berisiko lebih tinggi, akan ada ART yang diselia oleh majikan pada hari ketiga di antara kitaran ujian PCR tujuh hari mereka.



Sementara itu, pengunjung diingatkan supaya mematuhi protokol ujian yang dipertingkatkan dengan ketat.



Mereka harus melaksana tanggungjawab peribadi dan mengurangkan interaksi sosial, mengelakkan aktiviti berisiko lebih tinggi di mana pelitup tidak perlu digunakan serta mengelak pergi ke tempat sesak selama tujuh hari dari ketibaan, walaupun mereka mempunyai hasil ART harian negatif, kata MTI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >