PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata Singapura bernasib baik kerana terdapat usaha gigih masyarakat Melayu/Islam menghalang ideologi radikal daripada bertapak dan menular di sini.
Masyarakat Melayu/Islam, menurut Perdana Menteri, juga telah tampil mengambil tanggungjawab dan bertindak menentang ideologi radikal dan berusaha meningkatkan kesedaran umum tentang masalah tersebut.