Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jewel bersinar dengan anugerah sejagat

Nov 15, 2019 | 05:47 PM



TARIKAN terkini Lapangan Terbang Changi, Jewel, telah diiktiraf dengan anugerah tertinggi bagi projek hartanah runcit yang ulung dari seluruh dunia.



Projek itu disampaikan Anugerah Juri Khas di acara penyampaian Anugerah Mapic tahun ini.



Anugerah yang mengiktiraf keunggulan, inovasi dan kreativiti dalam industri hartanah runcit sedunia itu disampaikan dalam satu majlis di Cannes, menurut Jewel menerusi satu kenyataan hari ini (15 Nov).



Jewel dipilih memenangi anugerah itu tahun ini daripada 111 projek yang dicalonkan dari 33 negara.



Terdapat anugerah lain yang diberikan bagi kategori lain tetapi Anugerah Juri Khas disampaikan kepada projek yang paling digemari panel juri.



Ketua Eksekutif Jewel Hung Jean berkata:



“Kami ingin berkongsi kejayaan ini dengan 280 penyewa kedai (di Jewel) yang telah bekerja rapat dengan kami untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah dan menjamu selera yang unik di Jewel.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >