SEBUAH program mencungkil dan menggilap bakat berdakwah di kalangan lelaki Islam setempat telah dilancarkan oleh Jamiyah Singapura semalam.
Program berunsur kerohanian yang dikenali sebagai Generasi Mu'az itu diinspirasikan daripada program mencari pendakwah berjudul Pencetus Ummah yang popular di saluran televisyen Malaysia, Astro Oasis.