KESELAMATAN siber bagi sistem sektor awam kritikal, termasuk jagaan kesihatan, akan diperkukuh, dengan pemerintah menerima sepenuhnya usulan jawatankuasa peringkat tinggi yang menyiasat serangan siber ke atas SingHealth tahun lalu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber Encik S. Iswaran.
Ini termasuk menambah penggunaan teknologi bagi tugasan keselamatan siber tertentu dan mempertingkat intensiti audit dan latihan bagi menambah persediaan pegawai awam untuk menghadapi insiden siber.