MEMBELA enam anak berusia antara sembilan tahun dengan 14 tahun bukan mudah lebih-lebih lagi jika anda seorang sahaja yang menjaganya sedang suami anda meringkuk di penjara.
Keadaan kewangan yang tidak menentu serta tekanan membuat Cik Zubaidah Boam, 35 tahun, dilanda kemurungan teruk sehingga mengelar tangannya dan hampir terjun dari flatnya di tingkat 8.