Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN PM LEE KE BRUNEI

Hutan Brunei sekitaran latihan baik buat SAF

Oct 07, 2017 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong sempat melawat anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang sedang berlatih di Temburong, Brunei, semalam.



Waktu itu, batalion keenam Rejimen Infantri Singapura (SIR) sedang menjalani latihan dalam hutan.



Encik Lee dibawa memerhatikan apa yang mereka lalui dan kemudian berinteraksi dengan mereka.



"Baik dapat melihat askar yang bersemangat. Mereka dilatih dengan baik dan bersiap sedia menjalani latihan. Ini kali pertama mereka di hutan dan mereka belajar perkara baru," ujar Encik Lee kepada media yang ikut serta.



Beliau berkata banyak tumpuan diberi kepada aspek keselamatan. Askar SAF dipastikan sudah bersedia secara jasmani dan sihat menjalani latihan, ujarnya.



Ditanya bagaimana Singapura telah meraih manfaat daripada latihan di Brunei, Encik Lee berkata negara itu menawarkan sekitaran unik yang tidak boleh dicipta di Singapura.



"(Askar) ke sini untuk belajar tentang hutan. Mereka juga menjadi lebih berdaya tahan. Mereka belajar tentang diri mereka. Ini sesuatu yang amat berharga," kata Encik Lee.



Brunei terkenal dengan hutan aslinya - hampir 75 peratus daripada tanahnya yang seluas 5,765 kilometer persegi ialah kawasan hutan.



Dalam pada itu, Singapura dan Brunei mempunyai hubungan bidang pertahanan yang rapat sejak lebih 40 tahun lalu.



Pertukaran secara kerap telah memupuk sikap saling percaya dan kemesraan sehingga membolehkan latihan diteruskan, kata Encik Lee.



"Namun, sudah tentunya penting sekali bagi askar berkelakuan baik dan tidak menyebabkan apa-apa kejanggalan, kesusahan atau masalah buat tuan rumah," ujarnya.



Semasa tempoh berlatih, Singapura perlu memelihara kawasan hutan dengan baik, bukan sahaja bagi memastikan hutan itu boleh digunakan bagi latihan masa depan, bahkan demi memelihara ciri-ciri semula jadinya, kata Encik Lee.



Dalam lawatan itu, Encik Lee ditemani isteri, Cik Lee; Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Melvyn Ong; dan pegawai SAF.



Kali terakhir Encik Lee melawat Temburong ialah pada 2013.



Beliau berada di Brunei kali ini bagi menghadiri sambutan Jubli Emas Sultan Hassanal Bolkiah Menaiki Takhta.



Setelah meninjau latihan di Temburong, Encik Lee menemui Sultan di kediaman rasmi Istana Nurul Iman pada sebelah petang.



Beliau mengucapkan tahniah secara peribadi kepada Yang Dipertuan Negara Brunei itu.



Pada sebelah malam, Encik Lee bersama orang kenamaan lain menghadiri majlis santapan diraja di istana.



Encik Lee dijadual kembali ke Singapura hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >