Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan rantau Timur Tengah, Asia Tenggara lebihi ekonomi, perdagangan

Shanmugam: Kedua-duanya saling terhubung dengan identiti agama dan kesedaran
Oct 28, 2021 | 05:30 AM



RANTAU Timur Tengah dan Asia Tenggara menikmati pertalian erat - melampaui jalinan perdagangan dan ekonomi, kata Encik Shanmugam.



Kedua-duanya saling terhubung dengan identiti agama dan kesedaran.



"Ramai Muslim di serata dunia melihat Timur Tengah sebagai Pendukung Islam, dan pusat rujukan menyentuh hal agama itu," katanya.



Tambahan daripada itu, interaksi kebudayaan dan agama antara Timur Tengah dan Asia Tenggara adalah sangat luas yang bermula berkurun lamanya.



"Tetapi jalinan rapat ini juga bermakna: Apa yang berlaku di Timur Tengah akan menimbulkan kesan sangat kuat. Sebagai contoh, pelaku tempatan yang terdorong oleh konflik di Timur Tengah akan ke rantau itu dan menyertai kumpulan ekstremis di sana.



"Mereka menerima latihan, kemudiannya semakin menjadi radikal, dan menimbulkan ancaman kepada keselamatan serantau apabila pulang ke Asia Tenggara," katanya memberi amaran.



Di samping itu, cabaran dan perubahan dasar yang berlaku di Timur Tengah turut menimbulkan kesan di rantau ini.



Dari segi ekonomi dan sosiopolitik misalnya, usaha transformasi bagi mengurangkan kebergantungan terhadap minyak dan gas serta menangani jangkaan yang meningkat dari rakyat lebih muda.



Ini selain perubahan yang dilakukan di peringkat sosiobudaya.



Encik Shanmugam menarik perhatian bagaimana kerajaan Amiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan tahun lalu pindaan undang-undang dengan membenarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah, dan melonggarkan sekatan terhadap alkohol.



"Kesemua ini menimbulkan persoalan terhadap dinamika antara tindakan dalam masyarakat yang pelbagai itu sendiri...



"Di Asia Tenggara, kami menyaksikan perkembangan di Timur Tengah dengan teliti," kata Encik Shanmugam.



Beliau menekankan Asia Tenggara punya hubungan ekonomi yang mendalam dengan rantau Timur Tengah dan untuk Singapura, nilai dagangan dua hala dengan negara-negara Timur Tengah mencecah $57.5 bilion pada 2019 dan kadar pertumbuhan terhimpun tahunan (CAGR) meningkat 4.2 peratus dalam masa lima tahun.



"Merentasi rantau ini, ia memberi gambaran positif pertumbuhan yang kukuh dalam jalinan perdagangan dan ekonomi," kata Encik Shanmugam.



Menyentuh soal geopolitik di Timur Tengah, beliau berkata negara-negara di rantau itu secara tradisinya bergantung kepada Amerika Syarikat bagi isu-isu berkaitan pertahanan, tetapi semakin memperdalam jalinan ekonomi dengan China.



"Di samping menangani ketegangan serantau, dan cita-cita pelaku serantau yang berbeza-beza, negara-negara Timur Tengah sekarang perlu juga mengemudi hubungan Amerika Syarikat-China dengan berhati-hati," jelas beliau.



Jadi dalam usaha negara-negara Timur Tengah menangani perubahan yang sedang dilakukan mereka, satu persoalan timbul, kata Encik Shanmugam, ke manakah arah Islam di Asia Tenggara?.



"Sekiranya berlaku ketegangan di Timur Tengah, ia juga boleh mempengaruhi rantau ini.



"Banyak soalan, kurangnya kepastian. Satu keadaan yang dinamis," katanya di acara kuliah yang menampilkan Penolong Menteri bagi Ehwal Kebudayaan UAE, Encik Omar Saif Ghobash.



Dalam kuliahnya, Encik Omar menyentuh tentang perkembangan mutakhir dalam dasar ehwal luar UAE, selain perubahan ekonomi global serta kesan dan tindakan ekonomi yang ditangani negara itu.




“Ramai Muslim di serata dunia melihat Timur Tengah sebagai Pendukung Islam, dan pusat rujukan menyentuh hal agama itu. Tetapi jalinan rapat ini juga bermakna: Apa yang berlaku di Timur Tengah akan menimbulkan kesan sangat kuat. Sebagai contoh, pelaku tempatan yang terdorong oleh konflik di Timur Tengah akan ke rantau itu dan menyertai kumpulan ekstremis di sana. Mereka menerima latihan, kemudiannya semakin menjadi radikal, dan menimbulkan ancaman kepada keselamatan serantau apabila pulang ke Asia Tenggara.”
- Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam.




“Hari ini kita telah melangkah dari memberi tumpuan kepada geopolitik kepada pembangunan ekonomi kita dan kedudukan kita di kalangan negara-negara lain. Kerajaan kami telah menggerakkan sumber birokrasi ke arah sains, teknologi, perindustrian, sfera digital, perubahan iklim dan keselamatan makanan. Kesemua ini adalah permasalahan yang memerlukan kerjasama dan penyelarasan antarabangsa.”
- Penolong Menteri bagi Ehwal Kebudayaan UAE, Encik Omar Saif Ghobash.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >