HARGA bagi flat-flat bijak pertama HDB, yang akan dilancarkan bulan ini, akan bermula dari serendah $28,000 bagi jenis dua bilik termasuk geran.
Pembangunan di estet Punggol's Northshore District, Northshore Residences I and II, akan merangkumi 1,402 unit dan 12 blok, kata HDB hari ini.
Ia dijangka selesai dibina pada 2020.
Harga termasuk geran bagi unit-unit tiga, empat dan lima bilik masing-masing bermula di paras $132,000, $249,000 dan $354,000.
Flat-flat BTO ini akan dilengkapi dengan prasarana seperti bekalan kuasa tambahan dan soket-soket data bagi menyokong pemasangan mudah sistem bijak.
Ini bermakna pemilik rumah mempunyai pilihan untuk memasang sistem yang antara lain boleh memantau cara penggunaan bekalan kuasa di rumah.