MELINTAS di luar rumah Cik Khadijah Abdul Rahman Ambar, 86 tahun, boleh membuat sesiapa sahaja berasa loya akan bau hancing yang keluar daripada flat sewa dua bilik itu. Ini walaupun kesemua tingkap ditutup.
Anak lipas kelihatan berterbangan tatkala wartawan berserta sukarelawan dan kakitangan di bawah projek Neighbours For Active Living mengetuk jeriji rumahnya.