SEKTOR teknologi perubatan Singapura menerima suntikan dana $60 juta semalam dengan pelancaran sebuah hab baru yang dapat mempercepatkan inovasi untuk mendiagnosis penyakit.
Dikenali sebagai Diagnostics Development Hub atau ringkasnya Hab DxD, ia akan menghimpunkan doktor, penyelidik, inovator, usahawan dan syarikat berbilang negara dalam teknologi perubatan untuk membantu syarikat baru memasarkan inovasi mereka secepat mungkin.