SEORANG pemandu GrabCar, sebuah perkhidmatan alternatif yang ditawarkan syarikat GrabTaxi, dipecat selepas bertengkar dengan penumpang wanita disebabkan diskaun $5.
Cik Adeline Lok, 29 tahun, menuduh Encik Winston Tong, 35 tahun, mencaci dan memaksa beliau turun daripada kenderaannya Rabu lalu apabila beliau gagal mengesahkan kod promosi SG50 yang Cik Adeline cuba gunakan.