KERUSI roda bukan saja alat mekanikal untuk pergerakan, malah satu simbol usaha bersama dalam membawa keceriaan kepada golongan kurang upaya.
Itulah yang dicerminkan melalui sumbangan ikhlas kerusi roda daripada Gereja Jesus Christ of Latter-Day Saints kepada Rumah Jagaan Jamiyah Darul Syifaa dalam satu acara Kindness Beyond Faith di Rumah Jagaan Jamiyah di West Coast Drive baru-baru ini.