DALAM usaha untuk meningkatkan kedudukan Singapura sebagai sebuah hab pembiayaan perusahaan, geran sebanyak $75 juta telah dilancarkan untuk menanggung kos perusahaan yang berharap untuk disenaraikan dalam bursa Singapura, menyokong inisiatif penyelidikan dan memberi subsidi bagi gaji penganalisis penyelidikan ekuiti Singapura.
Geran bagi Pasaran Ekuiti Singapura (Gems) itu dilancarkan Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, semasa persidangan pengamatan harta UBS di Pusat Konvensyen dan Expo Marina Bay Sands pagi semalam.