BELIAU bukan sahaja menggaris wawasan gerakan buruh negara, malah tidak lokek ilmu demi membantu pemimpin generasi muda.
Malah, sikap rendah hati yang ditunjukkan Encik Nathan adalah antara pelbagai pendidikan penting yang ditimbanya daripada beliau, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Chan Chun Sing, dalam euloginya untuk mendiang mantan Presiden S R Nathan.