POLIS semalam memberkas seorang pegawai penguatkuasa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang aksinya bergaduh dengan seorang pemandu Uber dirakamkan di kamera video.
Menjawab pertanyaan media, polis berkata lelaki berusia 50 tahun itu telah diberkas kerana berkelahi sementara pemandu berusia 59 tahun itu sedang membantu polis dalam siasatan.