Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Formula tetapkan kadar tambang pengangkutan awam dikemas kini

Bertujuan elak perubahan besar pada kadar tambang; PTC kekalkan kuasa untuk tangguh penyesuaian tambang semasa keadaan ekonomi, sosial lemah
Apr 26, 2023 | 05:30 AM



FORMULA untuk menetapkan kadar tambang pengangkutan awam bagi lima tahun akan datang telah dikemas kini demi mengelakkan perubahan besar dalam kadar tambang.



Majlis Pengangkutan Awam (PTC) juga akan mengekalkan kuasanya untuk menangguhkan penyesuaian tambang kepada masa depan apabila keadaan ekonomi dan sosial lemah, misalnya semasa pandemik Covid-19 atau lonjakan besar dalam harga tenaga.



Bagaimanapun, PTC sedar bahawa penangguhan kenaikan tambang memerlukan subsidi pemerintah tambahan, justeru ia harus dilaksanakan dengan berhati-hati.



Ini berdasarkan saranan kumpulan kerja dibentuk PTC yang diumumkan dalam sidang media pada Selasa.



Saranan itu adalah untuk memastikan tambang dimampui penumpang, serta memastikan sistem pengangkutan awam kekal berdaya maju dari segi kewangan.



Permintaan penumpang telah dikeluarkan dari formula baru itu kerana ketidaktentuan mengenai kadar dan tahap pemulihan bilangan penumpang pengangkutan awam selepas Covid-19.



Formula baru itu tidak akan menggunakan faktor keupayaan rangkaian (NCF) seperti dahulu. Sebaliknya, NCF akan digantikan dengan Keupayaan Penyesuaian Faktor.



Pemerintah telah menerima saranan PTC selepas majlis itu menyerahkan laporannya pada 21 April 2023.



Formula tambang baru itu akan dilaksanakan dari 2023 hingga 2027 dan ia akan membentuk asas kepada pertimbangan PTC untuk menyemak tambang setiap tahun.



Kumpulan kerja PTC yang terdiri daripada 10 anggota itu sebelum ini dilantik untuk menyemak keberkesanan formula dan mekanisme penyesuaian tambang oleh Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, pada Ogos 2022.



Mereka telah berunding dengan penumpang dan pihak berkepentingan selama lapan bulan sebelum memuktamadkan saranan mereka.



Pihak berkepentingan yang terlibat termasuk Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU), pengendali pengangkutan awam, dan pihak berkuasa pengangkutan awam dari negara lain.



Mengulas tentang saranan tersebut, Encik Iswaran berkata: "Saranan PTC bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan antara kemampuan tambang dan kemampanan kewangan sistem pengangkutan awam, sambil mengurangkan ketidaktentuan bagi kedua-dua pengendali pengangkutan awam dan penumpang."



Pemerintah juga akan memastikan pengangkutan awam kekal dimampui penumpang.



Di samping membiayai infrastruktur pengangkutan awam, pemerintah akan terus memberi subsidi sebahagian daripada kos operasinya, yang kini berjumlah lebih $2 bilion setiap tahun.



Ini bersamaan dengan lebih $1 subsidi bagi setiap perjalanan.



Tambahan, kumpulan yang terdedah akan terus membayar yuran konsesi dan menerima sokongan daripada pemerintah, seperti Baucar Pengangkutan Awam, apabila tambang meningkat.



Pengerusi PTC, Cik Janet Ang, menyifatkan semakan itu sebagai satu cabaran.



"Kita kini berhadapan dengan inflasi pada paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun, harga tenaga yang tidak menentu dan kos tenaga kerja yang meningkat.



"Walaupun bilangan penumpang kembali ke tahap pra-Covid, corak perjalanan masih tidak menentu kerana ramai kini masih bekerja dari rumah dan lebih jarang melakukan perjalanan," jelas Cik Ang.



Beliau menambah Singapura memerlukan formula dan mekanisme penyesuaian tambang yang relevan dalam menghadapi perubahan global.



"Tetapi pada masa yang sama, formula itu perlu mengekalkan kemampuan tambang dan cukup fleksibel untuk mempertimbangkan keadaan sosial dan ekonomi ketika membuat penyesuaian.



"Formula yang dikemas kini menyediakan asas yang baik untuk memastikan sistem pengangkutan awam kita terus menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, cekap dan boleh dipercayai semua rakyat Singapura," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >