Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat BTO lewat: HDB bantu dapatkan tempat tinggal sementara

Pembeli tiada tempat tinggal alternatif boleh hubungi HDB, sektor binaan terjejas teruk oleh Covid-19
Aug 27, 2021 | 05:30 AM



PEMBELI terjejas oleh penangguhan flat projek Bina-ikut-Tempahan (BTO) dan tidak ada tempat tinggal sementara boleh menghubungi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk mendapatkan bantuan.



Ini dinyatakan agensi tersebut sedang kontraktor utama bagi lima projek BTO dilaporkan tidak dapat meneruskan projek itu kerana menghadapi masalah kewangan.



Masalah itu menjejas pembinaan hampir 3,000 unit lima projek di Bukit Batok, Clementi, Bukit Panjang dan Woodlands.



Dalam satu kenyataannya semalam, HDB berkata ia sedang berusaha mendapatkan kontraktor baru. HDB juga berkata ia telah menghubungi pembeli flat terjejas, dan akan terus memberitahu mereka mengenai perkembangan situasi itu.



"Kami juga akan memaklumkan mereka tentang tarikh baru bagi flat mereka siap sebaik sahaja kami melakar jadual pembinaan setelah kontraktor baru dilantik.



"Sementara itu, pembeli flat yang tidak dapat mencari tempat tinggal alternatif secara sementara dengan ahli keluarga, saudara-mara atau dalam pasaran terbuka, boleh menghubungi HDB, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu mereka," kata HDB.



Dalam kenyataannya itu, HDB juga berkata sektor pembinaan antara sektor paling terjejas oleh pandemik Covid-19.



Antara cabaran yang masih dihadapi ialah kerja lebih perlahan disebabkan langkah pengurusan selamat, kekurangan pekerja pembinaan dan gangguan terhadap rantaian bekalan bahan.



HDB juga berkata ia telah mengambil beberapa langkah untuk menyokong kontraktor bagi mengurangkan penangguhan projek BTO.



Ini termasuk membantu kontraktor mengutamakan beberapa kerja pembinaan utama, membolehkan kontraktor memanfaatkan bekalan sumber yang pelbagai, serta mengoptimumkan masa yang dibenarkan untuk kerja pembinaan.



HDB akur penangguhan itu akan menjejas pembeli rumah dan rancangan mereka, dan "dapat difahamkan bahawa mereka akan kecewa dengan perkembangan terbaru ini".



"HDB akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan kontraktor ganti secepat mungkin untuk mengurangkan kesan penangguhan sambil memastikan keselamatan dan mutu tidak terjejas," kata HDB.



Agensi itu berkata sebelum ini terdapat 43,000 isi rumah terjejas oleh penangguhan projek BTO.



Daripada jumlah itu, HDB telah membantu 240 berkaitan flat perumahan sewa sementara hingga akhir Februari lalu.



Bagi membantu keluarga terjejas oleh penangguhan pembinaan flat BTO, mereka boleh memanfaatkan 800 lagi flat sewa yang akan diperuntuk di bawah Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS) dalam tempoh dua tahun akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >