Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fikir semula stereotaip wanita dalam masyarakat Melayu: Rahayu

Mar 08, 2021 | 05:30 AM



Sempena Hari Wanita Antarabangsa hari ini, BERITA HARIAN memaparkan empat wanita yang giat mencetus perubahan demi memartabatkan kaum Hawa. Mereka mengongsi pandangan masing-masing tentang isu stereotaip dan perwakilan wanita, serta cabaran yang mereka hadapi sebagai wanita dalam bidang masing-masing.



MENJADI kebiasaan ramai wanita untuk menjadi 'orang dapur' dan menghidangkan makanan kepada tetamu dalam acara seperti kenduri dalam masyarakat Melayu.



Sedang kaum Adam dan Hawa mempunyai peranan masing-masing yang sudah menjadi lumrah, dengan zaman yang berubah, beberapa stereotaip mengenai peranan sedemikian kini menjadi persoalan.



Stereotaip mengenai peranan wanita Melayu/Islam ditimbulkan Setiausaha Parlimen Kesihatan, Cik Rahayu Mahzam, dalam satu wawancara dengan Berita Harian sempena Hari Antarabangsa Wanita hari ini.



"Ada stereotaip yang dikekalkan golongan wanita sendiri. Mereka rasa memang tugas mereka dan untuk kemas rumah contohnya... mereka terapkan stereotaip ini kepada generasi seterusnya.



"Kita lihat dalam majlis kenduri contohnya, wanita berada di dapur dan lelaki yang dihidangkan makanan.



"Ini menjadi tradisi. Tetapi kita tidak tanya kenapa," ujar Cik Rahayu.



Dalam masyarakat Melayu/Islam sendiri, beliau akur ada pandangan lapuk yang masih wujud.



Merujuk kepada pengalamannya sebagai Timbalan Pendaftar di Mahkamah Syariah sebelum ini, beliau pernah terdengar suami yang berkata beliau berhak memukul isteri. Padahal, wanita dimartabatkan dalam Islam.



"Memang perlu akur, wanita dan lelaki tidak sama, dan kedua-duanya mempunyai peranan berbeza. Tetapi kededuanya berhak untuk dihormati," ujar Cik Rahayu.



Beliau merupakan antara tiga Anggota Parlimen (AP) wanita yang menerajui semakan menyeluruh berkaitan isu melibatkan kaum wanita.



Sebagai sebahagian daripada semakan tentang isu wanita, satu siri dialog Perbincangan Mengenai Pembangunan Wanita Singapura telah diadakan sejak September lalu.



Cik Rahayu berkata wakil masyarakat Melayu/Islam juga telah terlibat dalam perbincangan ini.



Banyak isu yang ditimbulkan serupa dengan keprihatinan di peringkat nasional, termasuk pembahagian peranan penjagaan yang tidak sdeimbang, dan bagaimana untuk terus menyokong wanita dalam aspirasi mereka.



Namun, perbincangan mengenai wanita dalam masyarakat Islam, mempunyai nuansa tertentu termasuk dari segi stereotaip tentang peranan wanita, serta kefahaman tentang hak wanita dan lelaki dalam agama, termasuk dari segi faraid.



Antara saranan yang dicetuskan termasuk memaparkan individu dalam masyarakat Melayu/Islam yang boleh menjadi teladan.



Satu lagi keprihatinan yang telah ditimbulkan ialah isu misogini dan locker-room talk, atau sikap dan perbualan merendahkan wanita, yang menjadi isu hangat tahun lalu.



"Kita perlu ambil pendirian tegas untuk menolak sikap seperti itu. Jika tidak, generasi pemuda akan datang akan fikir sikap seperti itu boleh diterima," ujar Cik Rahayu.



Dalam wawancara itu, beliau turut menyentuh tentang pengalaman peribadinya sebagai seorang wanita, serta sokongan kukuh yang diterimanya, termasuk oleh suami yang sama-sama menggalas peranan menjaga anak lelaki mereka.




"Ada stereotaip yang dikekalkan golongan wanita sendiri. Mereka rasa memang tugas mereka untuk kemas rumah contohnya... dan mereka terapkan stereotaip ini kepada generasi seterusnya. Kita lihat dalam majlis kenduri contohnya, wanita berada di dapur dan lelaki yang dihidangkan makanan. Ini menjadi tradisi. Tetapi kita tidak tanya kenapa... Memang perlu akur, wanita dan lelaki tidak sama, dan kedua-duanya mempunyai peranan berbeza. Tetapi kededuanya berhak untuk dihormati.''
- Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >