Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Faishal: Selaras bantuan bagi anggota keluarga yang dipenjara

Mar 07, 2021 | 05:30 AM



MEMANFAATKAN rangkaian sokongan dan menyelaraskan bantuan yang lebih tersusun antara badan-badan Melayu/Islam di sini merupakan antara cara untuk memberi sokongan kepada mereka yang mempunyai anggota keluarga yang dipenjara akibat kesalahan dadah.



Demikian menurut Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim semasa satu sesi pemberian cek kepada para penerima Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) di Yayasan Mendaki, pagi semalam.



Menurutnya, adalah penting untuk membangunkan rangkaian sokongan dan sosial yang kukuh dalam kalangan masyarakat demi membantu mereka yang memerlukan.



"Kita mahu lihat daripada sesi sebegini bagaimana untuk meningkatkan lagi koordinasi dalam kalangan badan dan agensi Melayu/Islam di sini agar dapat memanfaatkan sepenuhnya sumber yang ada dalam masyarakat," ujarnya.



Semasa sesi tersebut, HGEF telah berkerjasama dengan rangka usaha M Kuasa Tiga (M³) termasuk badan bantu diri Yayasan Mendaki dan Fitrah, iaitu badan yang menawarkan khidmat sokongan kepada para individu yang dipenjara dan juga keluarga mereka.



Dr Faishal turut mengalu-alukan usaha badan seperti HGEF yang menyingsing lengan untuk sama-sama menyokong keluarga banduan terutama di tengah-tengah pandemik sekarang.



"Bukan sahaja daripada segi kewangan tetapi lebih daripada itu, HGEF juga menitikberatkan soal pendidikan dan memberikan sokongan kepada keluarga banduan," ujarnya.



Selain itu, kakitangan daripada syarikat konsultan kewangan TAQ Wealth dan Knosmosis, turut hadir untuk mengongsi panduan mengenai pengurusan kewangan dengan para penerima.



Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun berkata tujuan sesi tersebut ialah untuk memberi pendedahan kepada para penerima supaya lebih celik wang dan bersemangat untuk menabung.



"Mungkin jumlah yang ditabung, sedolar seminggu atau 20 sen sehari.



"Ia mungkin tidak akan membuat perubahan besar tetapi tabiat tersebut perlu dipupuk daripada kecil lagi. Inilah usaha kejayaan tanpa kekayaan yang ingin kami semai," katanya lagi.



Seorang penerima yang hanya ingin dikenali sebagai Yani, 48 tahun dan mempunyai dua orang anak perempuan, berusia 13 tahun dan 18 tahun berkata bantuan yang diterima sekurang-kurangnya membantu anak-anak dalam pembelian barangan persekolahan mereka.



"Anak-anak semakin besar dan begitu juga keperluan mereka. Alhamdulillah dengan bantuan kewangan ini, ia sekurang-kurangnya dapat meringankan beban," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >