Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Teo: Singapura terbuka adakan kerjasama lebih erat bagi perangi ISIS

Nov 26, 2015 | 10:05 AM



JAKARTA: Singapura terbuka kepada idea mengadakan kerjasama lebih erat dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan juga Australia, dalam usaha memerangi kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean.


Beliau berkata Singapura juga akan terus menyokong pasukan perikatan yang diketuai Amerika Syarikat sedang ia mempertingkat serangan ke atas kumpulan pengganas itu selepas serangan di paris baru-baru ini, yang mengorbankan 130 orang.


"Kami akan membantu dalam sembarang cara yang kami mampu," katanya, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis (26 Nov).


"Tetapi pandangan kami selama ini ialah ia bukan soal pendekatan keselamatan sahaja, kita perlu mengambil pendekatan menangani ideologi juga."


Encik Teo berkata demikian kepada media di Jakarta pada Rabu apabila beliau menutupi lawatan kerja tiga hari ke Indonesia, di mana beliau antara lain bertemu Presiden Joko Widodo dan Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan, Encik Luhut Pandjaitan.


"Kami sudah mempunyai hubungan sangat kuat dengan Indonesia mengenai menentang pengganasan. Kami mempunyai pertukaran maklumat yang baik antara agensi penguatkuasaan undang-undang kami dan juga agensi perisikan kami," katanya.


"Presiden Jokowi juga menunjukkan minat kukuh dalam perkara ini ini (dan) dengan jelas ISIS adalah satu ancaman baru bagi rantau ini... jadi kami perlu memperkukuh keupayaan kami dalam beberapa bidang lagi."


Selain berkongsi perisikan, Encik Teo berkata, kerjasama boleh termasuk membantu dalam pemulihan dan menyahradikal pelampau.


Bagi mengelakkan serangan ISIS di rantau ini, Perdana Menteri Australia, Encik Malcolm Turnbull, menggesa pada Selasa perkongsian risikan lebih besar dalam Asean.


Encik Teo berkata Singapura "sentiasa berbuat demikian" dan terbuka untuk bertukar-tukar maklumat dengan Australia.


Selain menangani musuh utama pengganasan itu, Encik Teo berkata beliau mengadakan perbincangan dengan para pemimpin Indonesia mengenai cara mengukuhkan hubungan antara pasukan tentera dan juga meneroka cara menyelesaikan krisis jerebu rentas sempadan bersama-sama.


Beliau berkata matlamat Singapura hanyalah bekerja dengan Indonesia dan negara-negara lain yang terlibat untuk menyelesaikan krisis puluhan tahun itu.


"Ia juga satu perkara yang telah menjadi kepentingan antarabangsa kerana peri penting mengawal pelepasan karbon."


Encik Teo menambah bahawa Singapura berharap untuk meneruskan projek sekitaran dua hala yang telah berjaya di wilayah Jambi di Indonesia, yang termasuk cara mengesan kawasan panas pada peringkat tempatan, pertanian mampan dan menangani serta mengurus kawasan panas apabila ia timbul.


"Kami sanggup dan sudah bersedia meneruskan program ini pada bila-bila masa rakan-rakan Indonesia kami sudah bersedia," katanya.


"Dan kami juga gembira untuk terus menyumbang aset dan sumber, misalnya pesawat pengebom air."


Encik Teo berkata beliau telah mengadakan lawatan berguna dan produktif ke Jakarta, dengan kedua-dua negara menyatakan keyakinan dan minat dalam mengukuhkan hubungan selanjutnya.


"Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan membuat lawatan ke Indonesia tahun depan sebagai sebahagian daripada pertukaran lawatan untuk rahat tahunan dan akan ada peluang untuk memajukan lagi hubungan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >