PENDUDUK Singapura harus kekal peka pada trend dan penggerak utama yang boleh tercetus dan berakar umbi sehingga menjejas perpaduan sosial dan keharmonian masyarakat di sini.
Pada masa yang sama, sedang setiap kaum memiliki ruangnya sendiri, usaha mendalami kepercayaan antara mereka dan memperluas ruang hidup bersama yang menyatukan semua penduduk harus dipertingkat.