Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN

DPM Heng: S'pura perlu tokok semula rizab

Negara perlu terus menabung sebagai persiapan keperluan di masa depan
Feb 25, 2021 | 05:30 AM



JIKA keadaan pandemik Covid-19 bertambah buruk, Singapura perlu meminta keizinan Presiden Halimah Yacob menggunakan rizab lampau tetapi pada masa sama, ia harus memikirkan cara untuk menabung semula rizab itu, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



"Kita telah meraih manfaat semasa krisis ini hasil sifat berhemah dan orientasi jangka panjang generasi sebelum ini.



"Kita juga terhutang kepada generasi akan datang untuk turut bersifat berhemah dan memastikan mereka boleh menangani krisis akan datang," ujar Encik Heng.



Tambahnya, pemerintah mungkin perlu meminta pertimbangan Presiden Halimah untuk menggunakan rizab lampau lagi sekiranya situasi Covid-19 bertambah teruk.



Ini bagi terus membiayai pelaburan yang akan membolehkan Singapura bangkit lebih kukuh di tengah-tengah krisis Covid-19 sekarang.



Encik Heng berkata langkah menggunakan rizab lalu bagi dua tahun berturut-turut merupakan keputusan yang sukar.



Menurutnya, disiplin mengimbangi Belanjawan merupakan ciri penting dalam daya ketahanan kewangan Singapura.



Di peringkat awal krisis Covid-19 ini, Encik Heng berkata beliau meminta kelulusan Presiden untuk menggunakan rizab lampau bagi menangani krisis tersebut dengan tegas demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian.



Sedang Singapura memasuki tahun kedua krisis itu, negara ini terus menangani cabaran segera dan menyediakan sokongan yang khusus kepada sektor yang terjejas teruk.



Secara keseluruhan, hingga $53.7 bilion dijangka digunakan daripada rizab lampau bagi tahun kewangan 2020 dan 2021.



"Semasa membentangkan kenyataan Belanjawan, saya menerangkan bahawa jika pemulihan ekonomi berjalan seperti yang dijangkakan, perbelanjaan bagi baki penggal pemerintah ini dijangka dapat dibiayai tanpa perlu menggunakan rizab lampau lagi.



"Namun, pandangan global masih amat tidak menentu dan Singapura harus bersedia bagi senario di mana pemulihan lebih tidak serata dan mengambil masa lebih lama," kata Encik Heng menerusi laman Facebook beliau semalam.



Sekiranya situasi ekonomi dan fiskal lebih teruk daripada yang dijangkakan, Singapura harus terus melabur bagi jangka masa panjang untuk bangkit lebih kukuh, tambahnya.



Encik Heng berkata isu ini tidak unik buat Singapura.



Malah, sesetengah negara juga mempunyai siling hutang yang terikat dengan undang-undang.



"Jika kita bersatu dan membuat pilihan terbaik untuk meletakkan kita dalam kedudukan baik bagi jangka masa panjang, saya yakin kita boleh bangkit lebih kukuh serta membina masa depan lebih baik bagi anak-anak kita," ujarnya.



Sebelum ini, Encik Heng yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa laluan pemulihan akan bergantung pada pandemik Covid-19 ini tetapi dengan usaha vaksinasi berjalan secara global, terdapat harapan bahawa ekonomi akan menjadi lebih kukuh tahun ini.



Tambahnya, pemerintah berharap dapat mengimbangi Belanjawan dalam masa empat hingga lima tahun, khususnya sejak ia mengeluarkan jumlah yang signifikan daripada rizab lampau sejak tahun lalu.




''Keberkesanan langkah pemerintah harus boleh segera ditentukan. Tanpa pemeriksaan seperti itu, tanggapan bahawa sejumlah besar wang digunakan untuk menangani isu yang keberkesanannya sukar ditentukan mungkin terbentuk. ...Penubuhan Pejabat Belanjawan Parlimen yang bebas boleh menjadi langkah tambahan memastikan penggunaan duit pembayar cukai secara berhemah dan bertanggungjawab.''
- Ketua pembangkang, Encik Pritam Singh




''Setiap kali kita menggunakan rizab lalu, ini juga memanfaatkan sebahagian daripada pelaburan kewangan kita dan oleh itu, kita tidak dapat menikmati hasil pulangan pelaburan itu dalam jangka masa panjang. Sekiranya keadaan fiskal kekal ketat dalam penggal pemerintah ini dan ini adalah pelaburan yang wajar dan penting bagi masa akan datang, saya mengusulkan agar kita memberi justifikasi bagi pembiayaan pelaburan yang berhubung dengan usaha kita bangkit lebih kukuh menerusi pinjaman bagi tujuan khusus.''
- Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang) ''Keberkesanan langkah




''Walaupun saya menyokong penggunaan pinjaman, kita harus bersikap berdisiplin dari segi jumlah yang dipinjam dan tujuan jumlah itu dipinjam. Ada hutang baik dan hutang buruk. Kita harus berjaga-jaga agar tidak terjerumus mengikut jejak langkah sesetengah negara lain, dengan beban membayar hutang menjadi komponen utama kewangan negara.''
- Cik Foo Mee Har (GRC West Coast)



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >