Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dedikasi, inovasi guru bimbing anak murid diiktiraf

7 guru cemerlang diiktiraf Anugerah Presiden bagi Guru (PAT) semasa Resepsi Hari Guru yang dihoskan Presiden Halimah
Sep 03, 2021 | 05:30 AM



BELIAU masih ingat lagi bagaimana guru sasteranya semasa di sekolah menengah menjadikan proses pembelajaran ketika itu cukup segar dan menarik.



Justeru apabila kini tiba gilirannya sebagai pendidik yang mengajar mata pelajaran sejarah dan pengajian sosial, Cik Khairiah Hairoman, 41 tahun, akan bersungguh-sungguh memastikan anak muridnya turut melalui pengalaman serupa.



Selain mengaitkan sejarah dengan kehidupan dunia sebenar, Cik Khairiah yang sudah mengajar lebih 18 tahun akan memanfaatkan unsur bercerita, berbahas, lukisan, membuat peta minda serta perbincangan dalam talian untuk menarik minat anak muridnya.



"Setiap pelajar mempunyai keupayaan yang berbeza-beza dalam memahami sesuatu topik.



"Untuk memastikan sejarah itu tidak begitu mendatar, saya akan kaitkan dengan keadaan dunia sebenar. Misalnya saya tahu pelajar gemar pada K-Pop, tetapi saya akan bertanya kepada mereka mengapa sehingga hari ini Korea Selatan dan Korea Utara masih terpisah? Apakah sejarahnya?



"Semua ini akan membuat mereka terfikir dan menyedari kepentingan sejarah," katanya.



Ketua Jabatan Kemanusiaan di Sekolah Menengah Peirce ini merupakan antara tujuh guru cemerlang yang diiktiraf dengan Anugerah Presiden bagi Guru (PAT) semasa Resepsi Hari Guru.



Anugerah itu telah disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob di Istana, semalam.



Anugerah PAT mengiktiraf pendidik cemerlang atas dedikasi dan inovasi mereka dalam



Sejumlah 5,062 pendidik dari 335 sekolah dan institusi telah dicalonkan, sebelum 17 finalis dipilih daripada panel yang dipengerusikan oleh Encik Patrick Tay, Pengurus Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Pendidikan.



Menceritakan apakah detik paling manis sepanjang kerjayanya itu, guru yang sentiasa ceria ini berkata ialah apabila beliau dapat menyuntik perubahan kepada sebuah kelas yang sering menghadapi isu disiplin.



Sebagai guru yang percaya bahawa setiap pelajar mampu mencatat kejayaan, beliau berusaha untuk mendapat kepercayaan mereka dan sering memberi mereka rangsangan dan sokongan.



Malah terdapat masa di mana beliau akan memberi bantuan tambahan daripada segi akademik sehingga pukul 6 petang.



Bagi pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau ibu bapa tunggal, Cik Khairiah juga tidak segan silu mengongsi kepada mereka bahawa beliau sendiri pernah mengalami pengalaman serupa.



"Bagi pelajar ini, mereka mungkin sangkakan hanya mereka yang datang daripada keluarga mewah akan berjaya dalam kehidupan. Justeru apabila saya mengongsi perjalanan hidup saya, mereka sedar seseorang itu dapat keluar daripada kepompong kesukaran yang mereka alami dengan pendidikan.



"Ini kerana pendidikan itu merupakan sesuatu penyetara sosial," katanya lagi.



Beliau juga teringat bagaimana pelajar kelas tersebut melonjak kegembiraan apabila kelas itu muncul tempat pertama dalam satu pertandingan video antara sekolah-sekolah.



"Bagi para pelajar ini, ia merupakan kali pertama mereka merasakan kejayaan. Secara tidak langsung, ini yang memberi mereka semangat bahawa mereka juga mampu mencatatkan kecemerlangan," ujarnya, merujuk kepada kelas normal akademik yang pernah dibimbingnya.



Malah, beliau masih lagi berhubungan dengan beberapa pelajar kelas tersebut, dengan ada yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan juga di peringkat sarjana dengan ada yang meneruskan minat mereka dalam subjek sejarah.



Mengimbas perjalanannya dalam kerjaya ini, Cik Khairiah yang sudah berumah tangga berkata tidak pernah sehari yang beliau menyesal akan pilihannya untuk membuat perbezaan kepada diri anak muda Singapura.



"Bagi saya, definisi kejayaan ialah apabila saya dapat memberi kesan kepada hidup seseorang meski betapa kecil usaha saya itu.



"Lebih daripada sekadar kejayaan akademik, apa yang lebih penting saya ingin pupuk dalam jati diri pelajar ialah daya tahan yang tinggi, semangat berpasukan dan tidak pernah kenal erti kalah.



"Inilah nilai-nilai yang mereka perlukan apabila keluar melangkah ke dunia luar," katanya lagi.




PUJI SEMANGAT, DAYA TAHAN GURU



"Bagi pihak MOE, saya tabik usaha guru-guru kita atas semangat daya tahan mereka. Anda telah berusaha melebihi apa yang patut anda lakukan untuk memastikan pembelajaran diteruskan semasa pandemik ini. Sepanjang dua tahun ini, anda telah mencari cara inovatif untuk pelajar anda belajar sambil menjaga pelajar dan satu sama lain. Anda merupakan inspirasi kepada pelajar dan negara. Terima kasih atas pengorbanan dan sumbangan anda!"
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




GURU BAWA PERBEZAAN PADA HIDUP



"Ia tidak kisah sekolah mana yang anda hadiri. Yang penting, gurulah yang membuat anda rasa dihargai. Cik Joseph merupakan guru kelas saya di Darjah 5 dan 6 di Sekolah Rendah Duchess - sebuah sekolah yang pelajarnya daripada daripada kampung berdekatan. Meski dalam kelas seramai 42 pelajar, beliau memastikan kita rasa istimewa, memupuk kekuatan kita dan membuat kita percaya kita dapat berjaya dalam hidup. Terima kasih Cik Joseph kerana percaya terhadap budak kampung seperti saya!"
- Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohd Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >