Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dedah anak pada bahasa ibunda lebih awal: DPM Heng

Aug 29, 2021 | 05:30 AM



MESKI nilai dwibahasa telah meningkat berlipat ganda, cara mempelajari bahasa itu perlu berubah, tekan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Menurutnya, kunci utama untuk melakukan demikian ialah dengan mendedahkan kanak-kanak kepada bahasa ibunda sejak kecil lagi di samping menjadikan proses pembelajaran itu sebagai sesuatu yang menarik.



Beliau berkata nilai dwibahasa telah meningkat disebabkan beberapa perkembangan termasuk pertumbuhan di Asia.



"Kita ingin mengembangkan sayap luar bagi memanfaatkan pertumbuhan Asia. Bahasa ibunda membolehkan kita menghargai rantau ini, mewujudkan peluang baru bagi rakyat,'' kata Encik Heng di Simposium Bahasa Ibunda semalam, yang berlangsung secara hibrid di Pusat Pameran dan Konvensyen Suntec.



Sedang nilai dwibahasa meningkat, beliau berkata cara bahasa itu dipelajari juga harus berubah.



Menggalak amalan belajar dari usia kecil, Encik Heng menukil bagaimana akhbar dwibahasa untuk kanak-kanak yang dihasilkan Berita Harian (BH) dan Tamil Murasu seperti Cilik Cerdik dan Balar Murasu, membantu murid-murid prasekolah mendekatkan diri lagi dengan bahasa ibunda mereka.



"Membaca tidak perlu membosankan... Cilik Cerdik dan Balar Murasu, membantu kanak-kanak mendekatkan diri dengan bahasa ibunda mereka menerusi kisah pendek menarik, ilustrasi yang bertenaga dan aktiviti interaktif," ujarnya.



Beliau turut menyarankan bahawa usaha mendekati kanak-kanak kecil agar tertarik dengan bahasa ibunda turut boleh dilakukan dengan memanfaatkan penggunaan lagu, permainan dan bahan interaktif yang lain.



Justeru, beliau teruja simposium kali ini menggunakan ciri seperti "Online Quest" , sebuah permainan interaktif untuk menguji pembelajaran bahasa ibunda.



Beliau gembira para guru kini kian kreatif dengan memanfaatkan teknologi bagi mengatasi kesukaran yang timbul akibat pandemik.



Memberikan contoh, beliau menyentuh bagimana guru telah menggunakan gerbang dalam talian, Student Learning Space (SLS), untuk menghasilkan cara pembelajaran yang kreatif selain penggunaan permainan untuk pembelajaran bahasa dalam talian.



Encik Heng turut mengimbas gesaan Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, untuk memupuk dwibahasa dari kecil, dan ini telah mendorongnya untuk memulakan Dana Lee Kuan Yew bagi Kedwibahasaan pada 2011.



Encik Heng menambah meski perlu bermula dari muda, adalah penting untuk menjadikan pembelajaran bahasa sebagai perjalanan sepanjang hayat dengan pelbagai laluan untuk meraih kejayaan.



Menjelaskan, Encik Heng berkata pelajar yang mempunyai kebolehan mengambil subjek pada peringkat lebih tinggi manakala mereka yang memerlukan sokongan tambahan ditawarkan bantuan tambahan dan boleh mengambil mata pelajaran itu pada peringkat asas.



"Pencarian kita untuk mencari cara lain untuk membantu warga muda kita belajar dengan lebih baik, tidak berakhir.



"Setiap kali kita melakukannya dengan baik, kita akan memberi anak muda kita asas yang lebih baik bagi pembelajaran dan penerokaan sepanjang hayat," katanya lagi.



Dalam pada itu, Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohd Maliki Osman berkata sifat dwibahasa ini merupakan satu sifat yang kian dicari masyarakat.



"Dengan dwibahasa menjadi sifat yang semakin dicari dalam masyarakat, sangat penting untuk memiliki kemahiran berbahasa selain menjadi pakar dalam bidang tertentu," katanya, dalam catatan di Facebook.




"Cilik Cerdik dan Balar Murasu (penerbitan Berita Harian dan Tamil Murasu), membantu kanak-kanak mendekatkan diri dengan bahasa ibunda mereka menerusi kisah pendek menarik, ilustrasi yang bertenaga dan aktiviti interaktif."
- Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat




Laporan lanjut: Guru prasekolah tarik minat kanak-kanak kepada Bahasa Melayu melalui permainan tradisional




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >