Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Datuk raih diploma pertingkat diri

Bermula dari bawah di sektor pembersihan kini pegawai eksekutif operasi
Jun 10, 2019 | 05:30 AM



Laluan kerjaya pekerja dalam sektor sekitaran mungkin kurang ketara, termasuk bagi pekerja sektor itu sendiri. Namun, kesedaran yang meningkat tentang peri penting latihan pekerja, dalam kalangan majikan dan pekerja, serta sokongan berterusan oleh pemerintah bagi latihan telah menyemarak perubahan positif, seperti yang dilaporkan oleh NORMAN SAWI (normans@sph.com.sg)



ENCIK Azman Hamid sama sekali tidak menyangka beliau akan mendaki tangga korporat semasa mula-mula menjadi penyelia pembersihan, hampir tiga dekad lalu.



Beliau baru sahaja meninggalkan tugas sebagai pegawai polis dan berbekal sijil GCE peringkat 'O', menyertai sebuah syarikat pembersihan atas pelawaan kawannya.



Kini, Encik Azman, 57 tahun, telah berpindah ke syarikat lain dan tidak lagi melakukan kerja-kerja pembersihan.



Sebaliknya, pegawai eksekutif operasi di Ramky Cleantech Services itu mewakili syarikatnya dalam rundingan dengan pelanggan, antara tugas harian yang kini dilakukannya.



Tahun lalu, beliau melengkapkan kursus diploma peringkat keempat dalam jurusan Kepimpinan dan Pengurusan yang ditawarkan oleh Institut Kepimpinan dan Pengurusan (ILM) United Kingdom.



Dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini, Encik Azman berkata beliau sama sekali tidak menyangka dapat mengejar dan meraih diploma semasa bekerja dalam sektor pembersihan.



"Saya mula dari bawah... penyelia, penyelia juga, tapi bila perlu bersihkan tempat, saya bersihkan juga," kata Encik Azman apabila dihubungi BH.



"Bagi saya, rugi kalau kita tidak rebut peluang untuk belajar... jadi bila majikan tawar untuk ambil kursus, saya pun rebut peluang ini," tambah beliau, yang kini mengetuai pasukan sekitar 70 pekerja.



Kursus yang disertai Encik Azman itu ditawarkan oleh Persatuan Pengurusan Kerja Sekitaran Singapura (Emas) sejak 2017 menerusi Emas LEAP Program dan merangkumi dua diploma.



Selain kursus diploma yang disertai Encik Azman, ia juga menawarkan Diploma Kepimpinan dan Pengurusan Manusia (LPM), di bawah rangka kerja Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ).



Menurut maklumat di laman web Emas, program itu 'menyediakan laluan kerjaya berstruktur' kepada ketua pasukan, penyelia dan pengurus untuk 'menambah kemahiran masing-masing dan tenaga kerja sektor pembersihan setempat'.



Kursus yang dihadiri Encik Azman berlangsung selama tiga tahun dan beliau menghadiri kelas tiga kali seminggu, dengan perbelanjaan ditaja sepenuhnya oleh majikan.



Dalam pada itu, Encik Azman, yang mempunyai empat anak dan kini bergelar datuk, ada juga rakan seusianya yang mempersendakan pilihannya untuk belajar lagi.



Namun, Encik Azman berkata beliau tidak berapa mempedulikan kata-kata mereka kerana percaya manfaat yang boleh diraih dengan menambah pengetahuan dan kemahiran di tempat kerja.



"Bagi saya, ekonomi yang berubah boleh menjadikan tempat kerja lebih mencabar... sedikit-sebanyak, kemahiran yang saya perolehi boleh membantu saya mengatasi cabaran yang ada dan menjadikan saya kekal relevan di tempat kerja," kata Encik Azman, yang berhasrat menyertai beberapa kursus susulan di masa hadapan.





Ibu tekad tingkat kemahiran demi keluarga



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >