Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Dari bisnes dari rumah ke salon sendiri

Pemilik Aura Nur Spa jalankan niaga dalam talian dalam tempoh pemutus litar, kini rancang tambah pelaburan selepas perniagaan kembali rancak
Oct 26, 2020 | 05:30 AM



ENAM tahun lalu, beliau bermula secara kecil-kecilan sahaja di rumahnya di Taman Jurong.



Berminat dalam segala hal berkaitan penjagaan kulit muka, Cik Noraisah Noor Mohamed menjadikan bilik belajar di rumahnya itu sebuah bilik spa.



Di situlah beliau membersihkan dan memberi rawatan muka kepada pelanggannya.



Kini, pemilik Aura Nur Spa itu tidak lagi perlu berniaga dari rumah kerana sudah mempunyai kedai fizikalnya sendiri di Clementi Ave 2.



Beliau masih pakar estetik utama di spanya itu, tetapi bercadang mendapatkan dua lagi kakitangan, termasuk pekerja pentadbiran yang boleh menguruskan temu janji pelanggan serta media sosial perniagaan tersebut.



Berkongsi perjalanannya membuka spa sendiri, Cik Noraisah, 43 tahun, berkata beliau memang sudah lama berminat dalam apa sahaja berkaitan kulit wajah dan kecantikan.



Ketika usia remaja dahulu, beliau akan ke perpustakaan untuk membaca buku-buku berkenaan kecantikan.



Namun, bekas eksekutif dalam industri logistik itu tidak pernah terfikir membuka spanya sendiri sehinggakan seorang teman Cinanya mencetuskan idea tersebut.



"Beliau beritahu saya 'awak sedar tak yang awak sebenarnya sangat minat (dalam kecantikan)? Kenapa tidak, dapatkan sijil?'



"Beliaulah yang galakkan saya mulakan semua ini, beliau cakap 'pergi bantu masyarakat awak' sebab waktu itu tak banyak spa yang dimiliki orang Melayu/Islam kita," cerita ibu tiga anak perempuan itu.



Cik Noraisah lalu mendapatkan sijil Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) dan diploma Cibtac (Gabungan Terapi Kecantikan & Kosmetologi Antarabangsa) daripada SingTrain Academy yang membolehkan beliau menggunakan mesin bagi rawatan muka.



Dengan bertambahnya jumlah pelanggan dek rekomendasi mulut ke mulut, Cik Noraisah membuat keputusan membuka kedai fizikal pada Februari tahun ini.



Namun, tidak lama kemudian, kedainya terpaksa ditutup apabila semua spa tidak dibenarkan beroperasi semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan sehinggalah Fasa Kedua pembukaan semula ekonomi pada 19 Jun lalu.



Meskipun sepanjang tempoh tersebut beliau tidak dapat memberi khidmat rawatan muka, usahawan tersebut tetap positif dan masih meneruskan penjualan produk-produknya menerusi dalam talian, termasuk media sosial.



Antaranya, Masker Kunyit dan Beras iaitu produk paling larisnya sejak beliau memulakan Aura Nur Spa enam tahun lalu; Masker Ros bagi mencerahkan kulit, serta produk penjagaan kulit jenama Olive yang dihasilkan di New Zealand.



"Sejauh ini semuanya okey, alhamdulillah," ujar Cik Noraisah tentang perniagaan spanya itu.



Beliau sudahpun mempunyai rancangan melabur bagi satu lagi mesin rawatan muka untuk menambahkan kepada empat mesin yang terdapat di spa itu sekarang.



"Yang pasti, saya memang sangat serius dalam membantu wanita-wanita memperbaiki kondisi kulit mereka," kata beliau, yang kebanyakan pelanggannya wanita Melayu berusia antara 18 dengan 60-an tahun.




"Bila saya mula dahulu ada orang yang kutuk, mereka kata merepek lah, entah betul ke tak... tapi saya memang percaya keberkesanan produk buatan sendiri ini (Masker Kunyit dan Beras). Saya dah jual enam tahun dan sehingga hari ini ia merupakan produk paling laris kami. Kunyit memang bagus kerana ia matikan kuman dan cerahkan kulit."
- Cik Noraisah Noor Mohamed, pemilik Aura Nur Spa.




APA KATA PEMILIK SPA, SALON KECANTIKAN



"Selalunya orang banyak pergi Johor, Batam pada hujung minggu atau ketika bercuti (sambil mendapatkan khidmat urut). Apabila tak boleh keluar negara, banyak yang datang. Perniagaan kami naik 30 peratus sejak spa dan kedai urut dibenarkan buka semula, dan ramai juga pelanggan baru."
- Cik Zubaedah C Hassan, pemilik Citra Ayu Beauty & Spa.



"Sejak hujung Jun selepas dibenarkan beroperasi semula, bagi kedua-dua spa dan salon, kami melihat peningkatan dalam perniagaan sebanyak lebih 50 peratus bagi beberapa bulan lalu... kelegaan besar bagi kami."
- Cik Fadilah A Majid, Pengarah Urusan SpaJelita Pte Ltd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >