Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuba tetapkan perlawanan LionsXII: Warga dipenjara 30 bulan

Oct 09, 2015 | 02:53 PM



SEORANG warga Singapura, Selvarajan a/l Letchuman telah dihukum penjara 30 bulan atas kesalahan rasuah dan menipu.


Tertuduh telah mengaku bersalah pada 15 September lalu terhadap tiga tuduhan yang dikenakan ke atasnya.


Ketiga-tiga tuduhan itu ialah:


- Menawarkan rasuah RM15,000 ($5,122) kepada Shokri Nor, seorang pengadil bola sepak dari Persatuan Bola Sepak Malaysia, sebagai ganjaran untuk menetapkan keputusan bola sepak antara LionsXII dan Sarawak FA.


- Dua tuduhan bersekongkol dengan cara konspirasi dengan Thana Segar S Sinnaiah dan Shokri untuk menipu Singapore Pools (Private) Limited.


Dalam kenyataannya, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menyatakan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan berkaitan dengan menetapkan keputusan perlawanan.


"Singaputra tegas dalam menangani rasuah dan kegiatan jenayah lain dan menetapkan keputusan sesuatu perlawanan diberi perhatian serius oleh CPIB", ujarnya dalam kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >