SEHINGGA 12 tengah hari Selasa (20 April), Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan 14 kes jangkitan Covid-19 baru.

MOH, dalam kenyataannya, menyatakan terdapat satu kes dormitori dan 13 kes import yang dikenal pasti. Semua kes import ini sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.