Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cofa anjur 13 sesi bincang dengan pelbagai kumpulan masyarakat

Apr 30, 2019 | 05:30 AM



SEBANYAK 13 sesi perbincangan akan diadakan oleh Jawatankuasa Masa Depan Asatizah (Cofa) dengan pelbagai kumpulan dalam masyarakat dari Mac hingga Ogos ini.



Setakat ini, empat sesi perbincangan diadakan dengan mahasiswa Singapura di Kahirah dan Jordan, anggota dari Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan pakar akademik daripada pelbagai pengkhususan.



"Sesi terbaru dijalankan oleh pakar akademik yang dipengerusikan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman. Isu yang diutarakan dalam sesi itu termasuk pengambilan pekerjaan dan dinamik sektor tenaga manusia asatizah dan selanjutnya serta kemahiran yang perlu ada dalam diri asatizah bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di sini,'' ujar kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



Tambahan juga, mereka yang berkepentingan juga bertukar-tukar pandangan mengenai ciri penting Kolej Islam Singapura yang akan dibina di sini.



Cofa ditubuhkan pada 8 Mac lalu bagi berinteraksi dengan pihak berkepentingan dan menasihati Muis dalam usaha mengukuhkan pembangunan tenaga kerja para asatizah setempat.



Ia dipengerusikan Dr Maliki dan disertai wakil daripada golongan asatizah, pemimpin masyarakat dan individu dengan kepakaran profesional yang relevan.



Anggota lain termasuk Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram; serta ketua penyelidik SkillsFuture Singapura (SSG), Dr Gog Soon Joo.



Para anggota lain terdiri daripada:



- Pengarah Kanan Dasar dan Pembangunan Keagamaan Muis, Ustaz Dr Nazirudin Nasir;



- Naib Dekan Akademi Muis, Dr Mohammad Hannan Hassan;



- Naib Pengerusi ARB dan majlis tertinggi Muis, Ustaz Pasuni Maulan;



- Pengerusi ARB dan anggota majlis tertinggi Muis, Ustaz Ali Mohamed;



- Anggota Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah, Lembaga Pengarah Warees Halal dan Jawatankuasa Syariah Maybank Islamic Berhad, Ustaz Mohd Kamal Mokhtar;



- Naib Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali;



- Ketua, Program Kerja Sosial, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Seng Boon Kheng;



- Anggota Lembaga Rayuan Muis, Ustazah Kalthom Isa;



- Naib Dekan, Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Profesor Madya Suzaina Kadir;



- Penolong Naib Pengetua Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Ustaz Abdul Mukhsein Md Shariff;



- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Safinah Institute dan anggota Rangkaian Belia Asatizah (AYN), Ustaz Tarmizi Wahid; dan



- Presiden Persatuan Kadayanallur Muslim Singapura, Encik Naseer Ghani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >